top of page

Kekang ajaran sesat: ‘Kerjasama semua pihak termasuk JAKIM diperlukan’

Updated: Oct 1



Oleh: Abdullah Zaid


Semua pihak berkuasa agama negeri termasuk Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) di peringkat Persekutuan perlu bergabung tenaga bagi membanteras ajaran sesat yang semakin menular di negara ini.


Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, hal itu susulan keputusan Mufti Perlis memfatwakan ajaran dipraktikkan ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) adalah sesat kerana didakwa mengamalkan Aurat Muhammadiyah al Arqam yang diharamkan sejak tiga dekad lalu.


"Isu berkaitan Islam bawah bidang kuasa negeri jadi pihak berkuasa agama perlu bertindak segera sekiranya ada individu atau kelompok umat Islam yang mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni

"Manakala, JAKIM sebagai institusi Persekutuan bertanggungjawab untuk menyelaras perkara tersebut di antara negeri," katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, ahli akademik Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin menyeru dilakukan rombakan dalam JAKIM terkait kelewatan organisasi tersebut dalam mengambil tindakan susulan isu GISBH.


Katanya, isu GISBH sudah lama dibangkitkan pelbagai pihak namun amat kurang tindakan diambil.


Katanya, isu berkenaan tidak diangkat mungkin disebabkan beberapa perkara termasuk sebahagian pihak enggan mengambil risiko.


Susulan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan semua agensi mengambil tindakan segera terhadap kegiatan GISBH.


Titah baginda, kelewatan menangani isu tersebut menunjukkan kelemahan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan hingga menyebabkan masalah menjadi begitu serius dan tidak terkawal.


Isu GISBH tular ekoran pelbagai dakwaan jenayah membabitkan organisasi berkenaan termasuk penderaan terhadap pelajar, eksploitasi terhadap kanak-kanak, buruh paksa, kesalahan jenayah seksual termasuk liwat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page