top of page

Kekalahan calon PN, rakyat mula faham reformasi Kerajaan Madani



Kekalahan calon Bersatu yang menggunakan logo Pas dalam mempertahankan kemenangan di DUN Nenggiri, Kelantan semalam dianggap perkembangan menarik apabila pengundi luar bandar dianggap mula faham reformasi institusi dan ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan Madani apabila memenangkan calon BN.


Bagi aktivis politik Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, kemenangan calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memperoleh 9,112 undi berbanding calon Pas Mohd Rizwadi Ismail yang memperolehi 5,741 undi merupakan perubahan politik yang signifikan akibat keyakinan pengundi kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Katanya, rakyat juga tidak termakan taktik tohmahan Pas-PN berhubung agensi Persekutuan dan tindakan penindasan kerajaan pusat.


"Rakyat tidak termakan isu tanah yang dimainkan oleh Pas Kelantan berkaitan isu Peneroka KESEDAR dan penjualan aset FELCRA. Usaha positif KESEDAR dan FELCRA era Kerajaan Perpaduan lebih berkesan dan berjaya selesaikan tuntutan tanah peneroka di bawah Datuk Jazlan dan Datuk Zawawi.


"Tindakan PAS recycle muka lama seperti Annuar Musa tidak memberi kesan signifikan kepada undi, sebaliknya menjadi liabiliti kepada Pas kerana Annuar Musa bawa watak angkuh, sombong dan menunjukkan kekayaan yang ditolak oleh pengundi," katanya di Facebook.


Selain itu, kata Syam, percaturan Pas menggunakan bekas pemimpin pemuda parti itu untuk bertanding sebagai calon Bersatu menyebabkan anggota parti sekutunya 'merajuk' dan tidak teruja untuk membantu kempen.


"Jentera parti Bersatu Gua Musang dan Pas akar umbi retak serta tidak tolong kempen pada PRK Nenggiri kerana calon bidang terjun yang di ambil dari ahli Pas, isi borang ahli Bersatu semata mata nak jadi calon sahaja.


"Keretakan ini makin membarah dan ahli Bersatu makin tidak puas hati dengan keegoan pemimpin Pas," katanya.


Orang Asli yang diharapkan Pas berubah angin pula, kata Syam telah melihat pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan berbanding kerajaan terdahulu yang mengabaikan mereka.


Katanya, mereka juga maklum kezaliman dibuat oleh Pas Kelantan yang merampas tanah adat dan kawasan rayau mereka dimusnahkan. Haiwan buruan makin hilang dan biodiversiti pupus.


Kerajaan Negeri juga, kata bekas aktivis menuntut royalti minyak Kelantan itu menghadapi ketidakpuasan hati pengundi Melayu Nenggiri yang diambil tanah kebun mereka yang diteroka selama berpuluh tahun kemudian diserahkan kepada tauke ladang dari negara China.


"Tindakan kerajaan Kelantan nak buat nyah warta kawasan Hutan Simpan dan kawasan Tadahan Air hingga habis 88% hutan simpan kekal dalam Rancangan Struktur Kerajaan Kelantan juga jadi faktör kemarahan rakyat di hulu, kerana kawasan tandak air mereka akan musnah.


"Rakyat hulu Kelantan mula protes kemusnahan hutan disebabkan pembalakan, kecurian balak kronik, pembukaan ladang hutan secara besar besaran dan diberikan kepada tauke tauke luar yang menyebabkan hutan simpan di sekitar Gua Musang musnah, hinggakan ladang musang king terbesar di Malaysia boleh diberikan kepada syarikat luar, tetapi untuk rakyat sendiri nak dapat tapak rumah pun terpaksa merempat di bumi sendiri," katanya.


Sementara itu, projek ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti kilang simen dan perisytiharan menjadikan Gua Musang Bandar Perabot gagal atau tidak disiapkan sehingga ke hari ini.


Manakala isu nasional yang cuba dimainkan untuk mengaitkan Kerajaan Madani dengan unsur zionisme Israel pula tidak begitu difahami oleh masyarakat Nenggiri.


Isu Kerajaan Persekutuan mengambil tanah penduduk untuk membina empangan Nenggiri tidak disambut baik kerana Tenaga Nasional Berhad telah membayar pampasan tanah yang diambil.


Sebaliknya isu, kata Syam, menjadi liabiliti kepada Kerajaan Pas kerana kawasan untuk penempatan Orang Asli telah digondolkan pohon balak sebelum dijadikan penempatan mereka.


Malah berberapa kawasan hutan simpan simpan di Nenggiri, katanya, tersilap lulus dan berlaku kecurian balak berleluasa hingga tauke kaya raya dan rakyat tempatan kekal miskin.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page