
Pelbagai kegiatan dilakukan sempena Ramadan sama ada pada waktu berbuka atau bersahur.
Untuk itu, semalam Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir ke Kejohanan Bola Sepak Sahur Piala Shamsul Iskandar yang berlangsung di Kompleks Sukan Batu Berendam, bermula jam 9 malam hingga waktu sahur.
"Peluang yang ada ini juga saya manfaatkan dengan beramah mesra bersama rakan pimpinan dan anggota KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya yang bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.
"Inisiatif seperti ini bukan sekadar sebuah pertandingan sukan, tetapi ianya adalah salah satu platform untuk memupuk perpaduan, merapatkan ukhuwah, dan mengukuhkan silaturrahmi sesama anggota KEADILAN serta warga masyarakat yang menyertai kejohanan ini," katanya dalam muat naik di Facebook.
Beliau memuji peserta yang menunjukkan semangat juang tinggi di atas padang dan menghidupkan suasana kejohanan berkenaan.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan memeriahkan kejohanan ini," katanya lagi.
Comentarios