top of page

Kejayaan tarik pelabur asing tingkatkan pendapatan negara - Wong Chen



Oleh: Abdullah Zaid


Kejayaan Malaysia mencipta rekod aliran masuk ekuiti asing bersih melebihi RM1 bilion mengalahkan negara ASEAN lain pada

pada Mei 2024 merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan.


Bagi Ahli Parlimen Subang Wong Chen, isyarat itu membuktikan keyakinan pelabur luar termasuk syarikat gergasi dunia ke atas hala tuju dasar ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan.


Katanya, siri kejayaan itu mampu memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang antaranya peningkatan gaji, penambahan peruntukan kemudahan awam, termasuklah sekolah dan hospital.


"Hasil pelaburan asing tinggi ini, ringgit akan menjadi lebih kuat dan harga barangan import akan turun serta apabila industri teknologi negara membangun, ia sudah tentu akan meningkatkan pendapatan negara melalui hasil cukai, iaitu cukai syarikat, cukai eksport.


"Semua cukai dan hasil ini adalah pendapatan kerajaan yang akan digunakan untuk meningkatkan kehidupan dan kepentingan rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Wong Chen lagi, pembangkang tidak sepatutnya meragui usaha kerajaan dalam menarik pelaburan asing.


Katanya, kemasukan kemasukan ekuiti asing akan meningkatkan nilai ringgit pada jangka sederhana dan panjang.


Baru baru ini, bank pelaburan AmInvestment Bank Bhd melaporkan Malaysia sebagai satu satunya negara ASEAN yang mencatat aliran masuk ekuiti asing bersih melebihi RM1 bilion pada bulan Mei 2024.


Negara ASEAN lain, kata laporan itu, mencatat aliran keluar ekuiti asing bersih sebanyak RM635 juta


Indonesia mencatatkan aliran keluar berjumlah RM881 juta, diikuti Vietnam RM613 juta, Thailand RM455 juta dan Filipina RM174 juta.


"Memandangkan ringgit meningkat 1.3% pada Mei, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) juga turut meningkat apabila pelabur asing kembali membuat pembelian sebanyak RM1.5 bilion, manakala institusi tempatan menjadi penjual bersih sebanyak RM978 juta.


"38% daripada pembelian asing bersih pada Mei adalah dalam sektor teknologi, diikuti penjagaan kesihatan (25%), hartanah (15%) dan pembinaan (13%)," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page