top of page

Kejayaan Selangor tingkat KDNK bukti keyakinan pelabur - Amirudin



Kejayaan Selangor menerajui sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 25.9 peratus tahun lalu membuktikan keyakinan komuniti perniagaan dan rakyat kepada pentadbiran negeri.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan kepada prestasi perkembangan KDNK negeri, ekonomi Selangor telah berkembang sebanyak RM103.9 bilion sejak tahun 2017, bersamaan dengan peningkatan sebanyak 25.59 peratus selepas pentadbirannya mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri pada 2018.


Bagaimanapun beliau berkata, kejayaan itu tidak harus dipandang ringan sebaliknya ia mendorong seluruh pasukan negeri memanfaatkan peluang itu sebaiknya bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.


"Ini termasuk meningkatkan prestasi ekonomi di peringkat daerah, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan mencari penyelesaian mampan kepada perubahan iklim.


"Selain itu, kualiti infrastruktur dan peremajaan bandar matang juga perlu ditingkatkan supaya negeri ini bukan sahaja maju tetapi berdaya huni.


"Hanya dengan pendekatan ini dapat kita terus meyakinkan pelabur tempatan dan luar negara bahawa negeri Selangor mampu terus menjadi negeri pelaburan pilihan utama di Asia Tenggara," katanya menerusi kenyataan.


Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan sumbangan ekonomi Selangor kepada KDNK nasional meningkat kepada 25.9 peratus pada 2023, bertambah lebih baik daripada 25.5 peratus tahun sebelumnya.


Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan turut memaklumkan, pertumbuhan ekonomi Selangor juga meningkat sebanyak 5.4 peratus, melebihi pertumbuhan sederhana seluruh negara pada kadar 3.6 peratus tahun lalu.

"Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan pentadbiran di Selangor termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), pentadbiran di daerah dan PBT serta komuniti pelabur dan setiap pekerja di negeri ini.


"…yang telah menyumbang kepada prestasi ekonomi negeri pada 2023 kerana kejayaan ini bukan usaha mana-mana individu tetapi merupakan kejayaan kita bersama," kata Amirudin sebagai respon kepada pengumuman itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page