top of page

Kejatuhan harga sayur: 'Pengguna seronok, petani mengeluh'



Kejatuhan harga sayur sayuran di pasaran sejak kebelakangan ini menyebabkan penanam sayur tempatan mengeluh kemungkinan masa hadapan mereka terancam.


Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, harga sayuran yang menjunam sehingga 200% lebih murah telah menjejaskan pendapatan petani dalam negara apabila kos pengeluaran seperti baja, racun dan diesel meningkat.


Hal itu, kata mantan Timbalan Menteri Pertanian itu diutarakan oleh para pekebun sayur dari Cameron Highlands yang melawat beliau baru baru ini.


"Semalam, pekebun sayur dari Cameron Highlands melawat saya di pejabat. Saya terharu kerana mereka masih mengingati saya, walaupun sudah lama meninggalkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.


"Harga sayur (sejak kebelakangan ini) telah jatuh mendadak. Contohnya kobis yang dulunya RM4-5 sekilo, sekarang tinggal RM1.80 sekilo sementara cost of production adalah RM1.60.


"Pengguna seronok apabila harga jatuh. Tapi, pekebun yang menghasilkan makanan mengalami kerugian. Ini tidak sihat untuk industri penanaman sayur kita buat jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan.


Lebih bermasalah lagi, ujar Tze Tzin, kejatuhan harga bukan akibat perubahan musim atau sebagainya tetapi akibat masuknya sayur sayuran murah daripada negara gergasi pertanian seperti Thailand atau China.


Katanya, kemasukan sayuran mjurah dari Thailand-China dan mungkin selepas ini berundurnya petani Malaysia pasti akan menggoncam keterjaminan makanan yang dihasilkan dalam negara.


"Petani menghadapi saingan daripada pengimportan sayur-sayuran dari China-Thailand yang berleluasa. China adalah negara besar, lambakan sayur ke pasaran kecil Malaysia sudah tentu akan menyebabkan kerugian kepada pekebun kecil dan pekebun besar.


"Baru-baru ini dikhabarkan rakyat China membuka syarikat di Malaysia dan mengimport terus dari China.


"Mereka mempunyai modal besar, menguasai rantaian pengimportan dan mereka makin menguasai pasaran sayur negara ini.


"Jika keadaan ini berterusan, petani tempatan mengalami kerugian maka akhirnya mereka akan keluar atau bersara dari industri. Ini akan menjejaskan keterjaminan makanan negara," ujarnya.


Tegas Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu, biarpun kejatuhan harga sayur sayuran akan meredakan kritikan pembangkang berkenaan kenaikan kos hidup namun kerajaan perlu mengambil sikap untuk mengekalkan pengeluran sayur sayuran tempatan.


"Malaysia tidak harus terlalu bergantung kepada import. Kita harus membangunkan industri sayur-sayuran kita sendiri.


"Maka, saya menyeru kerajaan mengkaji balik pengimportan sayur-sayuran yang terlalu bebas dan berleluasa. KPKM, MAQIS dan Jabatan Pertanian Malaysia harus meneliti dan mencari penyelesaian mengawal pengimportan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page