top of page

Keistimewaan Kerajaan Madani: Jamin kestabilan politik, telus tadbir urus



Ulang tahun kedua penubuhan Kerajaan Perpaduan Madani yang disambut dari 22 hingga 24 November ini adalah untuk memberitahu rakyat mengenai pencapaian yang berjaya dilakukan kerajaan.


Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat dua keistimewaan utama yang telah berjaya dihasilkan iaitu kestabilan politik dan ketelusan tadbir urus.


Katanya, dengan kestabilan politik para Menteri mampu menunjukkan prestasi terbaik mereka tanpa memikirkan kerajaan akan bertukar sebelum genap penggal lima tahun.


Begitu juga, kakitangan awam boleh lebih menekuni pekerjaan mereka kerana dasar yang tidak kerap bertukar.


"Keberkesanan pelaksanaan dasar ini adalah kerana komitmen penjawat awam yang menunjukkan kesediaan mereka untuk melakukan perubahan dan perlaksanaan yang jauh lebih cekap sekarang," kata Anwar pada Sesi TownHall di Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.


Katanya sebagai negara perdagangan, Malaysia telah berjaya beralih daripada ekonomi tradisi yang mengeksport sawit dan getah kepada negara yang cemerlang dalam industri semi konduktor.


Hal itu berlaku, katanya, kerana kebijaksanaan penjawat awam dan sektor swasta yang gigih dan mempunyai keupayaan untuk mencungkil bakat serta masuk gelangang dalam bidang baharu dan mencabar.


"Kemahiran dan kepakaran ada pada mereka (swasta) kita hanya menjadi pemangkin mempercepatkan proses.


"Yang paling penting adalah tenaga kerja di kalangan rakyat, baik pekerja atau pun petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan mereka menjayakan, dan menunjukkan Malaysia ini menjadi negara hebat, terkenal dihormati serta membela nasib mereka," ujarnya.


Selain itu, salah satu faktor menarik Kerajaan Madani adalah ketelusan tadbir urus yang mana setiap kelulusan perolehan mesti melalui proses, tender telus dan menjamin dana rakyat tidak disalah gunakan.


Di samping itu, katanya, Kerajaan Madani juga terbuka untuk terlibat dalam teknologi baharu serta mendapatkan kepakaran dari luar untuk sektor seperti kecerdasan buatan, teknologi maklumat dan sebagainya.


"Kita tidak akui atau anggap kita punya penyelesaian kepada semua masalah tetapi kita ada kekuatan untuk mendengar, menimbang dan melaksanakan.


"Kekuatan itu tekad politik, dasar yang jelas dan penjawat awam yang cekap serta sedia terima kenyataan bahawa dunia berobah dan memerlukan cara kaedah dan tindakan penjawat awam yang lebih cekap dan berkesan (untuk menghadapi situasi semasa)," katanya lagi.


Untuk rekod, 24 November 2024 merupakan tarikh keramat kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk sesuai titah Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah Perdana Menteri di hadapan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.


Selepas itu GPS dari Sarawak dan GRS dari Sabah menyertai gabungan dan melengkapkan jumlah Ahli Parlimen mencapai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page