top of page

Kehilangan kedaulatan Batu Puteh satu pengkhianatan - Anwar



Kedaulatan negara seharusnya menjadi keutamaan dan perlu dipertahankan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mengulas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Anwar menegaskan setiap inci tanah negara patut diperjuangkan habis-habisan.


Justeru beliau menyifatkan kelemahan yang terdedah melalui laporan RCI setebal 217 muka surat yang diedar kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis lalu sebagai satu pengkhianatan besar terhadap negara.


"Apa-apa kesalahan yang melibatkan soal menyerahkan kedaulatan, dianggap satu pengkhianatan besar kepada negara.


"Walau bagaimanapun, proses undang-undang harus dihormati, jadi kita tengok prosedur berikutnya," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya pada Jumaat.


Dr Mahathir mengetuai jemaah menteri pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ), yang memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh.


RCI itu menyatakan dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan adalah Dr Mahathir bertindak menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan itu dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.


Laporan itu menyebut, jika Jemaah Menteri dibekalkan dengan kertas kausa tindakan di ICJ dan pandangan bertulis daripada perunding antarabangsa, Jemaah Menteri berkemungkinan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kedua-dua permohonan itu.

Justeru suruhanjaya itu mengesyorkan supaya siasatan jenayah dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.


RCI tersebut diwujudkan pada Febuari lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan ia dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119]


Laporan akhir yang diklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page