top of page

‘Kehadiran polis jaga keselamatan, pembangkang usah bimbang’



Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan pemimpin Pas bahawa kehadiran polis ke ceramah anjuran Perikatan Nasional telah mengganggu perjalanan majlis mereka.


Sebaliknya, kata Saifuddin, kehadiran anggota keselamatan itu hanya memastikan kelangsungan program dijamin tanpa sebarang provokasi mahupun sabotaj daripada pihak luar.


"Takkan hang (pembangkang) nak suruh JKK dan Pegawai Belia jaga keselamatan, (anggota keselamatan) yang menjaga ini Polis Diraja Malaysia. Agensi penguatkuasa terbesar negara.


"Polis jaga keselamatan (tempat ceramah) itu adil namanya, melakukan sesuatu perkara kena pada tempatnya menggunakan Akta Perhimpunan Aman. Jadi nak ceramah silakan, biar polis jaga keselamatan," katanya dalam Ceramah Perpaduan PRK Sungai Bakap di Ladang Sempah, malam tadi.


Mengulas isu penyasaran subsidi diesel pula, Saifuddin berkata 300,000 pemilik kenderaan diesel individu layak boleh memohon mendapat manfaat subsidi melalui pemberian tunai RM 200.


Katanya, sejak penyasaran subsidi diesel dilaksana isu ketirisan merentasi sempadan Malaysia-Thailand telah berjaya dikawal dengan baik.


"Sejak tiga minggu subsidi diesel dilaksana, isu ketirisan stesen minyak di sempadan (Malaysia-Thailand) seperti di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu termasuk Padang Terap berjaya dikawal.


"Dulu sebulan 1 juta liter sekarang hanya 200 ribu liter sahaja (dijual di stesen minyak) maka baki 800 ribu liter berjaya diselamatkan kerana orang asing tidak ambil diesel kita," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page