top of page

Kediaman PPR dijenama semula, kemudahan ditingkatkan - KPKT



Kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dijenamakan semula kepada Program Residensi Rakyat (PRR) bermula tahun hadapan.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, penjenamaan semula itu bagi menjadikan perumahan rakyat setanding kemudahan disediakan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) Singapura, Jepun dan Korea Selatan Dan telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 September lalu.


"Penjenamaan semula PRR juga diharap mampu mengurangkan stigma dan persepsi negatif masyarakat ke atas komuniti PPR sedia ada serta meningkatkan imej program perumahan KPKT.


"Ini adalah aspirasi dan penekanan kerajaan ke atas konsep kediaman bersifat bersepadu, kondusif, berdaya huni dengan kualiti komersial, dilengkapi dengan pusat aktiviti masyarakat, zon hijau dan sebagainya supaya penduduk PRR dapat meningkatkan rasa kekitaan ke atas perumahan sosial ini," katanya dipetik pada Majlis Penyerahan Kelulusan Kebenaran Merancang bagi PRR Harmoni Madani Bestari Jaya, Tanjung Karang pada Rabu.


Beliau sementara itu berkata, lokasi pembinaan PRR juga akan dikenal pasti di kawasan bandar dan pinggir bandar atau luar bandar dengan menitikberatkan aspek kesalinghubungan, kebolehcapaian, mampan, berdaya huni, dan pergerakan dengan kemudahan awam.


"Malah terdapat 32 penambaikan turut dilakukan antaranya reka bentuk unit rumah, pemasangan sistem panel solar dan ruang rekreasi luar yang lebih mesra pengguna.


"Selain itu, reka bentuk rumah yang mengoptimumkan pengudaraan yang baik termasuk untuk orang kurang upaya (OKU) serta akses kemudahan masuk yang lebih teratur," ujarnya.


Kor Ming sementara itu memaklumkan, keluasan lantai kasar minimum PRR ditetapkan adalah 750 kaki persegi dengan harga jualan baharu RM60,000 seunit bermula 2026/2027 selepas projek baharu siap.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page