top of page

Kedah membangun jika kerjasama rapat dengan Persekutuan




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinannya untuk menoktahkan permasalahan miskin tegar di seluruh negara termasuk di negeri Kedah pada tahun ini.


Ketika menyampaikan sembah ucapan menjunjung kasih Perdana Menteri sempena keberangkatan Sultan Kedah dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, di Alor Setar semalam Anwar berharap cita-cita itu dapat direalisasikan secara bersama antara Persekutuan, Negeri dan pihak Pihak Berkuasa Tempatan.


"Kerana adalah mengaibkan bagi negara yang punyai keupayaan, dengan khazanah besar, minyak dan gas, kelapa sawit, dan pelbagai industri, tidak boleh menyelesaikan masalah asas kemiskinan tegar, di negara kita.

"Saya (mahu) minta kerjasama seluruh jentera Kerajaan Perpaduan, jentera Kerajaan Negeri Kedah dan seluruh jentera Majlis Perbandaran untuk membantu ke arah (mencapai hasrat) ini (menghapuskan kemiskinan tegar)," katanya.

DS Anwar bersalaman dan meraikan tetamu rumah terbuka dari kalangan pelbagai kaum

Dalam perkembangan sama, Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan pimpinannya telah memperuntukan sekitar RM1.6 bilion bagi negeri Kedah melalui Belanjawan Madani 2023.


Jumlah itu meliputi 442 projek Persekutuan di negeri Kedah membabitkan 136 projek baharu manakala 306 adalah projek sambungan.


Selain itu, beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu memudah cara kemasukan pelaburan ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) susulan lawatan ke China bulan lalu.


Sementara itu, dalam sesi temu bual secara langsung bersama Bernama TV di majlis sama, Perdana Menteri berkata Kedah mempunyai potensi untuk berkembang bersama negeri-negeri lain jika dapat diuruskan dengan baik.


"Kedah ini dikenali sebagai Jelapang Padi dan kita ada Kulim Hi-Tech Park, pelaburan baru, (kemudian) usaha kita untuk membina pelabuhan di Sanglang itu akan diteruskan, dan juga tentang Kedah serta Perlis untuk bina pelabuhan selain lintasan pelabuhan darat yang sedang direncanakan.


"Ia akan mengangkat kedudukan Kedah, Perlis bersama Pulau Pinang dan Perak tentunya sebagai negeri yang lebih maju dan potensinya besar, tetapi ia harus diurus dengan baik serta ada kerjasama yang rapat dan mantap antara (kerajaan) negeri dan Persekutuan," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page