top of page

Kecelikan digital dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keupayaan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi perlu didorong melalui kecelikan digital yang kini menjadi satu kemestian bagi seluruh rakyat.


Perdana Menteri berkata usaha itu perlu dimulai dari sekolah rendah hingga ke universiti selain melangkaui peraturan birokrasi perkhidmatan awam serta ahli politik negara hingga mampu membawa perubahan.


"Ingat ya, pendapatan tinggi itu hanya akan berlaku sekiranya didorong oleh digital. Ini sekali lagi saya tekankan mengapa kita di antara beberapa negara awal di dunia yang meletakkan satu kementerian sebagai Kementerian Digital kerana ini penentuan untuk menjayakan negara kita.


"Tetapi pemberdayaan ini harus bermula dengan peningkatan literasi digital yang saya sebut dulu bila kita luncurkan, saya kata kecelikan digital.


"Dulu kita katakan kecelikan dari segi pendidikan asas. Kemudian kita rasa sekarang ini digital literacy atau kecelikan digital itu sudah menjadi satu kemestian," katanya ketika berucap melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (AI) di Kuala Lumpur hari ini.


Hadir sama Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.


Kata Anwar, usaha memupuk kecelikan digital perlu dimulai dari sekolah rendah hingga ke universiti selain ia melangkaui peraturan birokrasi perkhidmatan awam hingga mampu membawa perubahan.


Perdana Menteri mahu sektor awam dan swasta berganding bahu dalam membuat perubahan terutamanya apabila terdapat firma antarabangsa datang dengan mengemukakan projek raksasa.


"Dia tidak boleh umpamanya hendak jayakan Malaysia sebagai negara digital dan terikat dengan kerangka pemikiran lapuk, apa lagi kalau kita hendak libatkan umpamanya syarikat besar...tapi syarikat besar itu tidak akan membawa kebaikan kepada negara, kalau dia tidak selaraskan dengan penjawat awam, selaraskan dengan SMEs, PMKS yang juga harus digalakkan supaya memberikan dan menerapkan penyelesaian inovasi yang menuntut mereka membawa perubahan," ujarnya.


Justeru itu, kata Perdana Menteri, negara ini perlu membina ekosistem digital yang kukuh termasuk mewujudkan Pejabat AI dengan MYDigital berperanan merangka penyertaan setiap rakyat dalam bidang tersebut.


Katanya syarikat berkaitan kerajaan seperti Telekom Malaysia juga perlu keluar dari kerangka lama perlu memperluas kegiatannya melalui teknologi baharu supaya keuntungannya terikat dengan jumlah yang terbatas sebaliknya lebih komprehensif.


"Inilah yang kita hendak ditekankan dalam menetapkan Ai Office ini, kerana ada isu-isu lain saya sebut tadi kecelikan (literasi) yang sangat mendesak ini. Kecelikan (literasi) termasuk juga kepada penjawat awam, kepada pimpinan politik," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page