top of page

Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISBH - Saifuddin



Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan keyakinan siasatan kes membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mampu diselesaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Pada ucapan di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Isnin beliau berkata, Op Global yang dilaksanakan PDRM bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaksuban agama yang dikaitkan dengan kumpulan itu kini memasuki fasa empat.


"PDRM akan mengambil kira setiap aspek dan menjalankan siasatan berpandukan empat akta iaitu Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan.


"Sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil," katanya menurut laporan media.


Sejak Op Global fasa pertama bermula awal bulan ini, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan dan lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.


Sehingga kini menurut Saifuddin, 80 kertas siasatan telah dibuka menerusi Op Global di seluruh negara.


"Jadi daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi terlibat tentunya mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara). Sama ada pendakwaan akan dibuat atau sebaliknya - itu kuasa di peringkat AGC," tambahnya.


Saifuddin sementara itu berkata, 1,226 pegawai dan anggota termasuk daripada PDRM, Kementerian Kesihatan, JAKIM, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) dan Jabatan Pendaftaran Negara, terbabit dalam proses siasatan dan tindakan dalam menangani kes itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page