top of page

Kecekalan, pengorbanan peneroka asal Felda wajar dikenang - PM



Perdana Menteri (PM) mengesa jasa bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dalam penubuhan Felda terus dikenang.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Segalanya Felda di Bandar Felda Sahabat di Lahad Datu pada Khamis berkata program tanah rancangan dibangunkannya itu amat hebat dan membantu rakyat miskin.


"Rakyat miskin tiada tanah dan pekerjaan, tetapi diberi tanah dan pekerjaan. Pada masa itu, mereka terpaksa pinjam daripada bank untuk memulakan projek itu," katanya dipetik.


Sementara itu, melalui ucapan sama beliau turut meminta agar jasa peneroka awal tanah rancangan itu tidak sesekali diketepikan apa lagi dilupakan.


Menurutnya, kecekalan dan pengorbanan golongan itu meredah dan membersihkan hutan belantara bagi menjayakan visi Tun Abdul Razak bukanlah suatu tugas yang mudah.


Berkat penerokaan dan pengorbanan peneroka awal itu, Felda telah berkembang pesat dan hasil yang dikeluarkan daripada tanah rancangan itu juga berkualiti tinggi serta diiktiraf di peringkat dunia yang hasilnya dinikmati generasi masa kini.


"Kita juga tidak boleh lupa kerana pelan awal bukan seperti sekarang. Pada masa itu, tiada jalan ataupun sekolah. Para peneroka masuk dan bersihkan hutan belantara.


"Ini adalah jasa bapa dan ibu yang jadi pengasas serta peneroka awal. Jadi, kita kena hormat dan berterima kasih kepada mereka," katanya.


Felda telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas - Akta 530) dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah dengan seramai 112,635 peneroka ditempatkan di 321 tanah rancangan seluruh negara.


Lurah Bilut merupakan rancangan Felda pertama dibuka di negara ini selepas cadangan pembangunan dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan negeri pada 16 Ogos 1957 dan diluluskan pada 1 April 1958.


Isnin lalu, individu yang menjadi peneroka pertama Felda, Kamaruddin Mat Doa, 85 dilapor meninggal dunia pada Isnin akibat keuzuran.


Berasal dari Teluk Intan, Perak, Kamaruddin melaporkan diri di Felda Lurah Bilut pada 29 September 1959, beliau dianggap ikon keberanian dan ketabahan yang menjadi inspirasi kepada generasi peneroka baharu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page