top of page

Kecam keputusan Speaker: Muhyiddin tidak cakap keseluruhan Perlembagaan



Kecaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengisytiharkan 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kosong dibidas Jurucakap Kerajaan Perpaduan.


Menurut Fahmi Fadzil, Muhyiddin dalam sidang medianya petang tadi di Parlimen tidak menyentuh secara keseluruhan Perlembagaan Persekutuan dalam kenyataan beliau mempersoalkan keputusan tersebut.


Dalam hal itu, Menteri Komunikasi berkenaan percaya Speaker telah membuat keputusan yang betul dan tepat berdasarkan Perlembagaan.


"Saya percaya Speaker telah meneliti hal ini secara mendalam dan mempunyai asas asas (membuat keputusan).


"Saya melihat surat dari Speaker (kepada Muhyiddin), saya berpandangan Tan Sri Muhyiddin hanya menceritakan separuh jalan. Dia tidak bercakap tentang keseluruhan dalam Perlembagaan itu sendiri," katanya mengulas kecaman Muhyiddin dalam sidang media selepas merasmikan program edaran topi kaledar percuma kepada sebuah sekolah di Lembah Pantai, petang tadi.


Menjawab pertanyaan wartawan adakah keputusan Speaker itu mempunyai sebarang kesan ke atas KEADILAN, Fahmi berkata tiada sebarang masalah kerana parti itu telah meminda perlembagaannnya sesuai dengan akta anti lompat parti.


"Tidak ada kesan. Kerana saya salah seorang ahli yang mewakili Pakatan Harapan berbincang dalam jawatankuasa khas meneliti pindaan Perlembagaan bertujuan melarang lompat parti


"Pada waktu itu banyak cadangan yang dipanjangkan, namun Bersatu adalah kumpulan yang tidak mahu dengan sejumlah pindaan cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa khas itu


"Hari ini seolah 'senjata makan tuan'. Mungkin sebelum ini mereka berhasrat untuk mengambil tindakan tertentu untuk menarik sokongan, rupa rupanya kejadian sebaliknya berlaku kepada mereka," katanya.


Berkenaan keputusan Speaker, katanya, hal itu tidak boleh dipersoalkan berdasarkan peraturan sidang parlimen.


"Keputusan Speaker adalah muktamad. Mungkin selepas ini ada usaha untuk memburuk burukkan Speaker. Speaker adalah neutral," katanya.


Bagaimanapun, tambah Fahmi, terpulang kepada Bersatu untuk membawa isu itu sebagai usul dalam dewan untuk dibincangkan.


Pengerusi PN petang tadi mengesahkan mendapat surat balasan daripada Speaker Dewan Rakyat berkenaan pemaklumannya bahawa 6 Ahli Parlimen Bersatu telah berpaling tadah dan gugur keahlian, serta meminta kerusi mereka dikosongkan. Bagaimanapunm kata Muhyiddin, permintaan tersebut telah ditolak oleh Speaker Tan Sri Johari Abdul.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page