top of page

Kebun Kak Wan: Ke arah sekuriti makanan di halaman rumah sendiri

Updated: Aug 22, 2022



Konsep Kebun Kak Wan diluaskan ke Kampung Kubu Gajah, DUN Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, hari ini.


Untuk itu, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijemput merasmikan Kebun Kak Wan di tepi rumah Hj Shafie yang ditanam pelbagai sayuran menggunakan kaedah pertanian polibeg.

Dr Wan Azizah menggalakan konsep Kebun Kak Wan

Dalam ucapan perasmiannya, Wan Azizah memuji inisiatif penduduk kampung berkenaan yang berbudi kepada tanah di tepi rumah, di tengah tengah arus inflasi yang menggila ini.


Menurut Kak Wan, sekurang kurangnya kebun di tepi rumah bersaiz 70 kaki persegi itu mampu menjamin sekuriti makanan bagi keluarga yang terlibat dan masyarakat sekitarnya.


"Ini adalah apa yang kita nak mulakan walaupun kecil kecilan, dibuat di belakang rumah. Nak tunjuk bahawa sesiapa pun boleh menabur bakti pada tanah, dan kita dapat hasilnya.


"Sekuriti makanan ini, satu dunia cakap pasal ini. Apabila belaku banjir, perang di Ukraine, China kena Covid 19, ini semua jadi masalah pada kita. Dulu kita ingat ini di luar negeri saja tetapi keadaan global sekarang dunia semakin kecil (dan kita pun terjejas)," katanya mengingatkan situasi semasa kekurangan bekalan makanan yang berlaku kebelakangan ini.

Merasmikan Kebun Kak Wan

Selain itu, Dr Wan Azizah juga memetik beberapa perkembangan terbaharu di mana pengasas syarikat teknologi Microsoft dan antara orang terkaya di dunia baru baru ini telah memberi lebih 150,000 ekar tanah pertanian di Amerika Syarikat (AS) untuk mengeluarkan hasil pertanian.


Begitu juga pengasas Amazon.com yang membeli 400,000 ekar tanah pertanian di AS.


Dua maklumat itu, katanya, menunjukkan tokoh yang bergiat dalam bidang teknologi sekali pun sedar bahawa pada masa hadapan krisis makanan akan melanda dunia dan mereka menubuhkan syarikat pertanian untuk persediaan.


"Kita di Malaysia pula banyak import makanan. Kita ni makanan ayam pun import dari Brazil, jauhnya nak bagi ayam makan. Sekarang jadi masalah (bila kekurangan bekalan).


"Kebun Kak Wan ini konsepnya kalau mahu semua orang boleh tanam dan mereka beroleh makanan. Ini akan lebih menyihatkan.


"Kebun Kak Wan mudah, ada kawasan kecil maka kita usahakan untuk menjamin sekuriti makanan di akar umbi. Kalau ada reban, tumpang bela ayam dan dapatkan hasilnya. Ini ada idea yang boleh kita kembangkan," katanya lagi.


Tambah Dr Wan Azizah, tanaman atau ternakan yang dihasilkan sekiranya tidak digunakan oleh keluarga sendiri boleh disedekahkan ke masjid, jiran sebelah atau dijual untuk menambah pendapatan.

Melawat pameran kebun yang berjaya

Beliau turut menyarankan pengusaha yang banyak tanah boleh membuka lot tanaman kepada jiran jiran dengan kadar sewa tertentu dan pengusaha itu menjaga tanaman sehingga membuahkan hasil.


Kemuncak program Kebun Kak Wan adalah gimik Dr Wan Azizah menanam anak semaian timun ke dalam polibeg dan beliau mengharapkan lebih banyak masyarakat akan terlibat menanam sayur dalam polibeg seperti itu terutama yang tidak mempunyai banyak tanah di halaman rumah.


Kebun Kak Wan di kampung Kampung Kubu Gajah diberi galakan dan dorongan oleh NGO RAPAT dan Presidennya Mustaffa Kamil Ayub.


Turut hadir dalam majlis petang tadi ialah Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah, ADUN Taman Medan Shamsul Firdaus, Presiden RAPAT Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Majlis Subang, Ketua Wanita Amanah dan ketua ketua kampung.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page