top of page

Kebun cili di Seksyen 18, Shah Alam tiada kaitan ahli politik KEADILAN



Tuduhan kononnya kebun cili yang diusahakan oleh pemuda tempatan di Seksyen 18, Batu 3, Shah Alam bahawa tapak tanahnya dimiliki oleh suami kepada Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail merupakan tohmahan semata mata.


Rodziah dalam satu siaran media menjelaskan bahawa beliau atau suaminya tiada kena mengena dengan tapak kebun berkenaan biar pun kediaman beliau dalam kawasan kejiranan yang sama.


"Kebun ini berada di tapak KPJ sebenarnya. Pemilik dia adalah KPJ Selangor yang memiliki tanah ini seluas 3.8 ekar.


"Di tapak ini juga kita ada masalah. Ada 2 kuil Hindu atas tapak ini. Satu telah kita selesaikan bilamana mahkamah telah putuskan bahawa kedua dua kuil tersebut kena berpindah," ujarnya.


Mantan Exco Selangor itu berkata, berikutan keputusan mahkamah sebuah kuil kini dalam proses pemindahan di tapak baharu yang disediakan, manakala satu lagi belum dipindahkan tetapi telah ditutup laluan masuk oleh pihak KPJ berdasarkan perintah mahkamah.


Tambah Rodziah, tanah yang diusahakan oleh usahawan tani itu mempunyai dokumen persetujuan daripada pihak KPJ untuk disewakan bagi tujuan penanaman cili.


"Sebenarnya tapak ini milik usahawan tani, anak muda yang telah usahakan. Sebelum mereka nak usahakan kita sebut kena jumpa KPJ, jangan ceroboh tanah orang.


"Alhamdulillah dah 3 tahun lebih diusahakan. Saya beri sedikit dana (permulaan) untuk pertanian cara moden dilakukan. Bermula dengan 2,000 poli beg sekarang dah 4,000 poli beg," katanya.


Berhubung suaminya yang sering berada di tapak berkenaan, kata Rodziah, hal itu tiada kaitan dengan pemilikkan tapak.


Rodziah berkata, beliau tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya pihak yang memfitnah meneruskan fitnah mereka selepas ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page