top of page

Kebocoran paip ke Langkawi: Kerajaan Persekutuan beri RM50j dana pembaikan



Kebocoran paip dasar laut yang membekalkan air bersih ke pulau pelancongan Langkawi dikhuatiri menjejaskan potensi dan aktiviti perniagaan di pulau peranginan berkenaan.


Sehubungan itu, menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasir, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana pinjaman pembaikan paip kepada pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi melaksanakan kerja kerja pembaikan segera.


"Isu utama masalah air Langkawi adalah kebocoran paip di dasar laut sepanjang 7 km daripada keseluruhan 35 km paip yang membekalkan air terawat daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Baru ke tangki pengimbang Penarak, Langkawi.


"Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM50 juta pinjaman bagi projek pembaikan paip dasar laut dari tanah besar ke pulau Langkawi


"Projek ini perlu segera dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui syarikat SADA," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dr Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pada sesi pagi Dewan Rakyat.


Katanya, terdapat dua sumber utama bekalan air terawat ke Pulau Langkawi iaitu LRA Sungai Baru di Perlis yang membekalkan sebanyak 54.5 juta liter sehari dan 4 buah LRA Pulau Langkawi yang membekalkan sebanyak 52.74 juta liter sehari, iaitu LRA Padang Saga 2 dan LRA Padang Saga 3, LRA Bukit Kemboja dan LRA Pulau Tuba.


Katanya, bagi penyelesaian jangka sederhana pula projek meningkatkan pengepaman air mentah sebanyak 20 juta liter sehari dari Padang Matsirat ke Empangan Malut telah pun siap dilaksankan pada Mei 2024 dengan geran persekutuan RM8 juta.


Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga, kata Akmal, meminta pihak SADA mengemukakan pelan mitigasi untuk menangani isu tersebut terutamanya dalam jangka pendek, termasuk melalui penghantaran lori tangki dan tangki statik kepada pengguna terjejas di samping meneruskan kerja kerja pembaikan paip.


Selain itu, Akmal juga berkata kebocoran paip dasar laut semakin parah mengikut kajian terbaharu berbanding laporan 3 atau 4 tahun lalu.


Justeru, katanya, Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana pinjaman kepada SADA sebesar RM110 juta lagi untuk pembaikan lanjut menyelesaikan masalah kerosakan paip dasar laut berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page