top of page

Kebimbangan sokong Palestin: Hubungan Malaysia - AS kekal baik - Anwar



Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kekal baik meskipun pada waktu transisi dari pentadbiran Presiden Joe Biden kepada Presiden dipilih Donald John Trump yang akan berkuat kuasa pada hujung Januari 2025.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebimbangan berkenaan polisi baharu AS di bawah Trump yang dijangka akan mengumumkan tarif dagangan lebih tinggi terhadap produk China dan masalah hubungan dagang negara itu dengan Mexixo atau Kanada dijangka tidak akan terlalu mempengaruhi hubungan Malaysia dengan kuasa besar berkenaan.


Bagaimanapun katanya, kerajaan masih memerhati perkembangan semasa, sama ada dalam hal berkaitan sokongan terhadap Palestin apakah akan mempengaruhi hubungan di bawah pentadbiran Trump.


"Kita bimbang tentunya dengan perkembangan terbaharu, termasuk tindakan kenaikan tarif untuk Mexico, Kanada dan China. Setakat ini kita pantau, dia (dasar baharu) tidak melibatkan isu dasar luar negara termasuk Gaza dan Palestin.


"Ia melibatkan soal imbangan bayaran di antara kedua negara, di mana berlaku defisit seperti mana Presiden Donald Trump mengumumkan semasa kempen," katanya dalam menjawab pertanyaan Ahli Parlimen R Sanisvara Nethaji Rayer yang bertanya apakah Malaysia menghadapi risiko sekatan perdagangan dari AS kerana kelantangan menyuarakan hak rakyat Palestin.


Dalam pada itu, kata PM, hubungan dengan pentadbiran Biden masih berjalan seperti biasa dan hubungan dagang Malaysia - AS masih amat baik setakat ini.


"Hubungan Malaysia dan Ameriak Syarikat dari segi diplomatik masih baik dan kita meneruskan dengan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama, termasuk pertemuan Menteri Luar dengan Setiausaha Luar Negara, Antony Blinken


"Malah saya sendiri juga mengambil masa berbincang dengan Antony Blinken walaupun beliau akan meninggalkan jabatan tetapi perbicangan itu melibatkan pelaburan, perdagangan dan kerjasama diplomatik. Dan seperti mana kita faham Januari - Oktober 2024 jumlah perdagangan dua hala AS - Malaysia telah meningkat 29.1% kepada RM264.28 bilion. Peningkatan yang agak tinggi iaitu AS$57.76 bilion


"Projek yang sedang dijalankan ialah 1,321 dengan jumlah pelaburan keseluruhannya AS$39 bilion," katanya.


Selain itu, Anwar menegaskan sebagai negara merdeka dan berdaulat pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa termasuk keganasan, kezaliman, penindasan, penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus disuarakan, dan hal itu katanya tidak wajar dikekang.


*Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page