
Sikap peniaga bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman saban tahun tidak berubah dan mengabaikan aspek kebersihan selepas 'jualan lelong' malam menjelang Aidilfitri.
Menurut akaun media sosial 'Demi Rakyat' yang menjalan tinjauan pada pagi hari raya pertama di bazar berkenaan mendapati sampah berserakan dan tidak sama sekali cuba dipungut oleh para peniaga sebelum mengakhiri perniagaan mereka.
Setiap peniaga dikenakan deposit dan merangkumi kebersihan. Namun mungkin ada pula peniaga yang kelak yang tidak puas hati sekiranya deposit dipotong, dan bakal memanaskan kembali nama bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas peristiwa peniaga tidak berlesen 'Abang Belon' tiga hari sebelum Aidilfitri.

"Pagi tadi, cerminan sikap segelintir peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dah sediakan tong Sampah. Nanti bila deposit tak dapat mesti ada yang mengamuk salahkan kerajaan," komen netizen berkenaan.
Beliau tertanya tanya siapakah yang akan membersihkan sampah berkenaan? Apakah pekerja kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak sepenuhnya bekerja pada hari raya.
Comments