top of page

Kebebasan Media Mesti Ada Batasan - PMX

Updated: May 30



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN HAWANA DARI KUCHING, SARAWAK: Sambutan Hari Wartawan Nasional atau HAWANA di Kuching sejak tiga hari lalu berlangsung dengan meriah sekali.


Pelbagai program yang diatur oleh Kementerian Komunikasi untuk lebih 1,000 pengamal media dalam dan luar negara yang hadir di HAWANA kali ini.


Tahun lepas, HAWANA diadakan di Ipoh dan tahun ini di Kuching, Sarawak dengan tema 'Etika Teras Kewartawan Mampan'.


Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk merasmikan HAWANA sekaligus memberikan amanat kepada para wartawan.


Sebelum menyampaikan ucapan, beliau meluangkan masa bertemu dengan kira-kira 20 wakil agensi media antarabangsa dan berbincang mengenai kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan selain menegaskan pendirian Malaysia dalam isu geopolitik semasa serta pendekatan kerajaan terhadap propaganda pelampau politik.


Dalam ucapannya, Anwar mengulangi pendirian Kerajaan Madani untuk memastikan kebebasan media dalam menjalankan tugas bagi memastikan demokrasi terus subur dan matang di negara ini.


Katanya, kerajaan bersikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan selaras amalan demokrasi yang matang.


Tanggungjawab besar media


Namun, beliau mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab besar yang digalas media dalam laporan-laporan mereka.


DS Anwar bergoalig bersama pengamal media dalam dan luar negara

Tegas PM, kebebasan media perlu punya batasan dan tidak boleh bebas sebebasnya.


"Mana mungkin kita boleh membenarkan media bebas digunakan gerombolan tertentu untuk memecah belah serta menyemai bibit permusuhan antara kaum dan agama yang boleh merosakkan negara," ujarnya.


Anwar seterusnya mengingatkan para wartawan tentang cabaran besar untuk menjalankan peranan menyebarkan kebenaran dalam era pasca normal ini, yang mana kebenaran kini menjadi semakin relatif dan mengelirukan, selain budaya dan pegangan agama kian terhakis.


"Sebab itu kebebasan itu perlu diikat dengan kod etika kewartawanan yang digubal bagi mengangkat darjat dan harkat pengamal media," tambahnya lagi.


Berita gembira dari PMX


Dalam pada itu, Anwar turut membawa berita gembira untuk rakan-rakan media, iaitu mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta untuk Tabung Kasih@Hawana bagi membantu lebih ramai veteran dan pengamal media yang uzur dan mengalami kesempitan hidup.


Turut diumumkan peruntukan RM1 juta kepada Pusat Latihan Kecemerlangan Bernama bagi menganjurkan kursus dan latihan berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pengamal media.


Yang nyata, dengan khabar gembira diumumkan PMX itu, Kerajaan Madani ternyata amat menghargai dan menyayangi pengamal-pengamal media.


________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page