top of page

Kebebasan media: Lebih baik Wan Saiful bandingkan zaman PN - AMK WP



Oleh: Abdullah Zaid


Mengukur kebebasan media pada era Kerajaan Perpaduan seharusnya dilakukan dengan perbandingan yang sepadan pada era pentadbiran Perikatan Nasional (PN).


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin, tindakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang membuat penilaian kebebasan media semasa pentadbiran Perdana Menteri (PM) Najib Razak berbanding pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini memperlihatkan sifat yang tidak bertanggungjawab mantan pengkaji sosial itu.


Katanya, Ahli Parlimen Bersatu berkenaan tidak berani membuat perbandingan kebebasan media ketika PN berkuasa kerana keadaannya lebih buruk.


"Hakikatnya, Wan Saiful sedar bahawa Indeks Kebebasan Media semasa PN menjadi kerajaan berada pada tahap yang paling teruk iaitu di tangga ke 119 pada tahun 2021.


"Di bawah pemerintahan Kerajaan MADANI yang dipimpin Anwar, Indeks Kebebasan Media masih berada pada tahap yang membanggakan iaitu di tangga ke 107 pada tahun 2024," kata Azha dalam kenyataan.


Selain itu, katanya, Kerajaan MADANI terus memperkasakan institusi media negara dengan memperuntukkan RM1 juta kepada Tabung Kasih HAWANA bagi tahun 2025 untuk menyantuni wartawan dan petugas media, sama ada masih bertugas atau yang telah bersara.


"Wan Saiful (sebaiknya) perlu berhenti mengelirukan rakyat, juga perlu berhenti menipu diri sendiri.


"Beliau seharusnya fokus terhadap kes rasuah Janawibawa sebanyak RM6.9 juta yang melibatkan diri beliau," ujar Azha.


Terdahulu, Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu perkauman dan ketaksuban agama yang terus melebar dalam negara meskipun melibatkan kebebasan media.


Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan risiko persengketaan kaum dan ketidakharmonian agama daripada berlaku.


Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan isu yang melibatkan agama, kenyataan berbaur kebencian serta perkauman menunjukkan peningkatan sebanyak 123%.


Melalui sistem e-Sepakat, pihaknya telah mengesan 47 isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) pada suku pertama tahun ini berbanding 21 isu pada tempoh sama tahun lepas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page