top of page

Kebebasan media: Kerajaan lakukan terbaik bendung unsur 3R



Oleh: Abdullah Zaid


Kebebasan media di Malaysia seharusnya mengikut acuan dan suasana tempatan tanpa terlalu diukur berdasarkan definisi pihak luar.


Hal itu kerana situasi dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama tetapi cuba dipanaskan ke tahap boleh mencetuskan huru hara oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memerlukan kawalan daripada pemerintah.


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, langkah kawalan melalui peraturan dan undang undang sebelum ini terbukti mampu meredakan keadaan biarpun dikritik pihak luar sebagai menyekat kebebasan media.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim juga katanya menyuarakan hal kebebasan media dalam konteks membendung unsur perkauman, agama sempit dan institusi raja (3R).


"Kita perlu jelas dan lebih cerdik tentang konteks yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau merujuk kepada ketegasaan yang diambil oleh kerajaan bagi melindungi keselamatan serta ketenteraman negara.


"Kerana isu berita palsu, hasutan dan 3R sukar dibendung, jadi perlu ada keseimbangan di antara kebebasan media dari aspek ketelusannya," kata Fitri kepada Suara Keadilan.


Beliau dalam pada itu tidak bersetuju dengan perbandingan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan baru baru ini dalam membandingkan tahap kebebasan media semasa pentadbiran Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Fitri turut menyelar dakwaan Ahli Parlimen Tasek Gelugur itu yang kononnya PM Anwar cuba mengalihkan perhatian daripada isu ekonomi dan sosiopolitik dengan mengenakan tekanan ke atas media. 


Sehubungan itu, Fitri mempersoalkan apakah langkah terbaik untuk membendung penularan isu 3R.


"Hampir setiap hari kita terdedah kepada maklumat dalam media digital melalui pelbagai platform, siapa yang akan kawal keabsahan, kesahihan dan kesannya?" tanya beliau.


Sebaliknya, kata Fitri, pemimpin Bersatu itu perlu melihat kebebasan media di bawah pentadbiran PM Muhyiddin Yassin yang menyaksikan kebebasan media di Malaysia lebih teruk dan berada di tangga ke-119 berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF).


Untuk rekod, kebebasan media di Malaysia hanya positif pada era pemerintahan Pakatan Harapan pada 2020 iaitu di tahap 101 daripada 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.


Manakala tahun lalu negara mencatat rekod terbaik berada pada tangga 73. Tahun ini menurun sedikit ke 107 berikutan penggunaan undang undang untuk menyekat unsur unsur negatif berkaitan 3R.


Negara Asia Tenggara lain mempunyai rekod yang lebih buruk berbanding Malaysia seperti Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page