top of page

Kebakaran paip gas: Pejabat Parlimen Puchong beri bantuan RM1,000

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 2
  • 1 min read

Serahan sumbangan mula diagihkan kepada mangsa kebakaran di PPS. Foto: FB Yeo Bee Yin
Serahan sumbangan mula diagihkan kepada mangsa kebakaran di PPS. Foto: FB Yeo Bee Yin

Mangsa kebakaran yang disebabkan kebocoran paip gas di sekitar Putra Heights terus diberi bantuan.


Terbaharu Pejabat Parlimen Puchong menjanjikan bantuan RM1,000 kepada mangsa yang terlibat terutama di Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah yang turut terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Heights, Putra Harmoni semalam.


Menurut Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, bantuan kepada penduduk di kedua-dua kampung yang terletak di kawasan Parlimen berkenaan akan diagih bermula hari ini terutama bagi mangsa yang kediaman mereka rosak sepenuhnya.


"Bagi mangsa yang masih berada di kampung halaman, kami akan aturkan pengagihan susulan.


"Untuk mangsa kategori lain, kami akan mengagihkan sumbangan tunai sebaik kami mendapat data sah terkini," katanya dalam muat naik di Facebook.


Manakala bagi sebarang keperluan kecemasan, penduduk di kawasan Parlimen itu boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Batu 13, di talian 011-2721 7445.


Bagi tujuan kecemasan, kata Bee Yin, peruntukan RM10,000 disediakan untuk tindakan segera bagi membantu penduduk terjejas.


Menurut sumber PDRM, setakat petang ini seramai 529 mangsa insiden kebakaran itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna MBSJ.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page