top of page

Kebajikan masyarakat India tidak pernah dipinggirkan - PM



Kritikan kononnya kebajikan masyarakat India kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Perpaduan tidak berasas sama sekali.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebajikan masyarakat India sentiasa diambil berat oleh pentadbiran beliau meskipun perlu menumpukan masalah kaum kaum lain di negara ini.


"Kebajikan masyarakat India tidak pernah dipinggirkan dan sentiasa ditambahbaik dari segala aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.


"Saya sampaikan amanat tersebut sewaktu pertemuan dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Media Masyarakat India sambil mengingatkan hadirin kepentingan untuk mengekalkan keharmonian antara semua kaum harus kekal terpelihara," katanya dalam catatan di Facebook usai pertemuan bersama wakil wakil masyarakat India pagi tadi.


PM dalam pada itu turut mengumumkan sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah disalur untuk program agihan bakul makanan sempena perayaan Deepavali.


Manakala sebanyak RM20 juta disalurkan bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.


"Keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India ini akan diteruskan melalui Belanjawan 2025 yang akan diumum pada 18 Oktober depan melalui beberapa program khusus sepertimana yang pernah dilaksanakan sebelum ini," katanya lagi.


Menurut PM, sebelum ini kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain menambah beberapa dana seperti bantuan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk kuota masyarakat India.


Anwar berharap taraf sosioekonomi masyarakat India selepas ini dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page