top of page

Kebajikan masyarakat India dibela melalui Jawatankuasa IAAC




Pelbagai masalah dan kebajikan masyarakat India akan diberi tumpuan dalam Jawatankuasa Khas Tindakan Hal Ehwal Masyarakat India (IAAC) yang telah ditubuhkan.


Jaminan itu diberi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami.


Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN semalam mengadakan pertemuan dengan barisan pimpinan India KEADILAN yang terdiri daripada Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Ketua Wanita Cabang dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN di Ibu Pejabat KEADILAN.


Dalam pertemuan itu Saraswathy menerangkan perananJawatankuasa IAAC. Katanya, jawatankuasa tersebut akan membantu menyelesaikan masalah masyarakat India berkaitan isu kewarganegaraan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan lain-lain isu.


Sesi dialog mendengar masalah dan luahan isu masyarakat India dari pemimpin akar umbi KEADILAN

Beliau juga berhasrat memperkasakan IAAC dengan melibatkan semua Ahli Parlimen serta ADUN berketurunan India.


"Memandangkan representasi kaum India di Kabinet (menteri) sedia ada hanyalah YB V. Sivakumar, namun saya dan YB Ramkarpal Singh juga memainkan peranan di peringkat Kementerian di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan dasar serta mekanisme pelaksanaan yang khusus diambil untuk mengarus perdanakan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum India Malaysia secara komprehensif selaras dengan dasar Malaysia Madani," katanya.


Menurut Pegawai Khas beliau, J Karen Kasturi, pertemuan yang diadakan itu berjaya mewujudkan dialog ikhlas dengan pemimpin peringkat akar umbi dan mengetahui masalah yang dihadapi.


"Puan Saraswathy Kandasami dalam sesi taklimat telah menerangkan portfolio beliau sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan gerak kerja beliau sepanjang 2 bulan ini.


"Beliau juga telah menerangkan peluang peluang yang boleh diusahakan bersama khususnya di bawah portfolio beliau untuk masyarakat India termasuk wanita dan pemuda.


Menurut Karen lagi, Jawatankuasa IAAC akan memfokus kepada isu kewarganegaraan dan dokumentasi seperti tiada kad pengenalan, tiada sijil lahir atau lewat daftar; isu tanah rumah ibadat; isu sekolah Tamil, tapak dan bangunan; pendidikan dan Kebajikan murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah; Pembangunan Belia; Pembangunan usahawan India; membanteras masalah sosial; peluang pekerjaan; kemiskinan bandar dan warisan seni, kebudayaan dan agama.


Pertemuan itu dihadiri oleh 40 pimpinan peringkat Cabang, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page