top of page

KEADILAN Wilayah Persekutuan rombak barisan pimpinan



KEADILAN Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat di bawah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN yang baharu, Datuk Azman Abidin kelmarin.


Menurut satu kenyataan, mesyuarat tersebut telah memutuskan kepimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan dengan pelantikan beberapa muka baharu bagi mengisi hierarki MPN.


"Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 5 Jun di Pejabat MPN WP.


"Mesyuarat tersebut telah menyusun semula serta mengesahkan pelantikan barisan Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan yang baharu," kata Azman Abidin dalam satu kenyataan.


Selain itu, menurut beliau, mesyuarat juga menyentuh mengenai persediaan awal KEADILAN WP bagi membantu KEADILAN Pulau Pinang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap yang akan bermula dengan penamaan calon pada 22 Jun ini.


Pelantikan barisan MPN Wilayah Persekutuan yang baharu adalah seperti berikut:


Naib Pengerusi

Andre Lai Chen Heng

Dr Abdul Basir V Kunhimohamed

Datuk Afdlin Shauki Aksan


Setiausaha

Muhammad Fikri Khalid@Abdul Aziz


Bendahari

Datuk Mak Foo Wei


Ketua Penerangan

Muhamad Abdullah Kamsani


Setiausaha Pengelola

Mohamad Mahathir Mohamed Younos


Pengarah Komunikasi

Mohd Zaki Haruddin


Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri

Mohd Razali Baharin


Pengarah Strategi

Khairul Anuar Othman


Ahli Majlis Pimpinan Negeri

Mundzir Zahir

Muhamad Mustafa Ghazanfar

Dr Ronald Pua Eng Teck

Tai Chin Jack

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page