top of page

KEADILAN Wilayah Persekutuan 2025: Keputusan Mengejutkan Mewarnai Pemilihan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Sandy Zaliu


ULASAN: Pemilihan KEADILAN 2025 peringkat Wilayah Persekutuan tahun ini bukan sekadar proses rutin parti. Ia menjadi medan penentuan arah, tempat penghakiman senyap akar umbi terhadap pemimpin mereka. Dari nama besar yang tumbang, hingga pejuang kental yang bangkit, suara akar umbi bergema lantang di seluruh ibu kota.


Di Cabang Batu, aktivis muda Asheeq Ali menewaskan Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran dengan 54 peratus undi. Kemenangan ini memberi mesej bahawa keberanian dan prinsip anak muda mendapat tempat dalam parti.


Di Setiawangsa, Afdlin Shauki mencatat kemenangan bersejarah apabila menundukkan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Afdlin meraih 53 peratus undi dalam percubaan kedua beliau bertanding pada peringkat cabang selepas pemilihan 2022.


Cabang Wangsa Maju pula menyaksikan kejutan apabila Zahir Hassan, Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, tewas kepada Lai Chen Heng dengan keputusan 587 undi berbanding 495 undi. Zahir sebelum ini pernah menerajui Cabang Titiwangsa.


Di Titiwangsa, Syed Badli Shah kembali ke arus perdana politik KEADILAN selepas sekian lama hanya bersuara di belakang tabir. Pernah aktif dalam Angkatan Muda KEADILAN, beliau tidak lagi bertanding selepas tempoh tersebut, namun tetap istiqamah berjuang. Kali ini dengan keyakinan akar umbi, beliau menewaskan Mohd Mazri dengan 113 undi berbanding 94. Kemenangan ini bukan sekadar simbol kebangkitan semula tetapi pengiktirafan terhadap kesabaran pejuang yang tidak pernah meninggalkan landasan reformasi.


Gerak kerja akar umbi konsisten


Di cabang urban berlaku pertembungan sengit. Kepong menyaksikan pertembungan sengit antara Neo Wong dan Low Tian Ying. Neo menang dengan 601 undi berbanding 518, mencerminkan penghargaan terhadap kerja konsisten dan keberadaan di lapangan.


Cabang Segambut pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Vignesvaran, Loh Gwo Tynde dan Maimunah Sargeant. Vignesvaran muncul sebagai pemenang dengan 376 undi, mengatasi Loh dengan 304 dan Maimunah dengan 195 undi.


Seputeh menjadi antara cabang paling mencabar. Thiyagaraj muncul pemenang dengan 463 undi, menewaskan Karen Kasturi yang memperoleh 343 undi dan Anetha Vallaittham dengan 335. Karen yang berasal dari Cabang Bangi dan aktif bersama Anetha di bawah sayap Srikandi KEADILAN membawa kekuatan jentera wanita muda yang kini semakin menyerlah di barisan hadapan.


Di Cabang Cheras, Mohamad Raimi Ab Rahim meraih 418 undi menewaskan Chua Yee Ling yang memperoleh 353 undi. Persaingan dua tokoh progresif ini membuka ruang kepada penyusunan semula kekuatan cabang di timur ibu kota.


Kesinabungan pengaruh peringkat cabang


Beberapa tokoh utama Wilayah diumumkan menang tanpa perlu berkempen. Di Lembah Pantai, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang tanpa bertanding. Beliau merupakan Menteri Komunikasi serta Ketua Penerangan KEADILAN, menjadikan kemenangan itu sebagai tanda kukuhnya kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan nasionalnya.


Di Cabang Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin turut menang tanpa bertanding. Sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, peranannya yang strategik di peringkat kerajaan pusat turut memberi kelebihan dalam memastikan kesinambungan pengaruh di peringkat cabang.


Simsudin Sidek di Cabang Labuan dan Muhammad Fikri Khalid di Cabang Putrajaya turut menang tanpa pertandingan, menandakan kestabilan dan penerimaan terhadap kepimpinan mereka di kawasan berprofil rendah tetapi signifikan secara simbolik kepada kehadiran KEADILAN di wilayah pentadbiran.


Semalam anggota di Wilayah Persekutuan telah bersuara, daripada lorong sempit ke pusat bandar, dari flat rakyat ke kerusi Parlimen, akar umbi KEADILAN kini lebih berani dan tegas. Mereka telah memilih bukan sekadar calon, tetapi prinsip.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page