top of page

KEADILAN Wangsa Maju agih sumbangan sempena perayaan Deepavali



Oleh: Akmal Manaf


Cakna dengan golongan memerlukan, KEADILAN Wangsa Maju terus melaksanakan program tradisi iaitu memberi sumbangan kepada mereka menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut pada 31 Oktober ini.


Menurut kenyataan, sumbangan itu diberikan kepada golongan warga emas, keluarga berpendapatan rendah (B40), kanak-kanak dan pemimpin komuniti di sekitar Wangsa Maju.


"Ini merupakan inisiatif Ketua Cabang, Andre Lai Chen Heng ketika menjelang musim perayaan.


"Meskipun hanya seorang ketua parti peringkat kawasan, Andre Lai tidak pernah leka dalam setiap perayaan untuk menyantuni komuniti setempat.


"Seramai 150 penerima telah mendapat sumbangan kotak makanan daripada KEADILAN Wangsa Maju," maklum kenyataan itu.


Dalam pada itu, Andre Lai sendiri menyifatkan perayaan yang dikenali sebagai Pesta Cahaya itu telah menjadi simbol perpaduan kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Katanya, Deepavali telah berkembang menjadi simbol harapan dan penyatuan bagi pelbagai komuniti di negara ini selaras dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI dengan mandat rakyat dalam keputusan pilihan raya umum ke 15 lalu.


"Selain menolong orang susah, kita juga menyampaikan intipati kecahayaaan menumbangkan kegelapan," katanya.


Jelajah Deepavali Wangsa Maju, telah bermula sejal awal bulan lalu dengan pengedaran pek makanan dapur, kotak makanan dan muruku kepada golongan B40 yang memerlukan.


Di bawah kerajaan Malaysia MADANI, Lai mendapat peruntukkan sumbangan kotak makanan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan.


Dalam kenyataan sama, Andre Lai yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur turut mengedarkan muruku kepada penjawat awam di DBKL dan PDRM.


Andre Lai berkata, sumbangan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan asas penerima tetapi diharap dapat membawa ‘cahaya’ kepada kehidupan mereka melambangkan semangat sebenar Deepavali.


Pada tahun ini, Deepavali disambut pada 31 Oktober, menyaksikan dua hari sebelum perayaan, Kerajaan Malaysia MADANI telah bersetuju untuk memberi tol percuma pada 29 dan 30 Oktober.


Dalam konteks Malaysia, sambutan Deepavali tidak hanya menjadi perayaan kebudayaan, tetapi peluang untuk mengeratkan perpaduan antara pelbagai kaum.


Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar, kerajaan Malaysia MADANI menekankan pentingnya reformasi yang inklusif dan adil untuk semua rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page