KEADILAN Cabang Sungai Petani bersama Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Prihatin Nusantara baru-baru ini memberi bantuan bahan makanan asasi kepada keluarga B40 di kampung Sungai Perahu, Jemiang.
Menurut kenyataan Media Keadilan Kedah, bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah, Mohammed Firdaus Johari (gambar, kanan sekali) dan beberapa aktivis tempatan.
"Tidak hanya menyampaikan sumbangan, kami turut berkongsi kisah dan pengalaman yang dilalui oleh mereka.
"Sedih bila mendapati ada di antara mereka yang tinggal berseorangan. Namun mereka sentiasa dipedulikan oleh jiran-jiran yang berdekatan. Inilah yang saling mendekatkan mereka antara satu sama lain, dan menjadikan ianya cukup istimewa," kata kenyataan itu.
KEADILAN Sungai Petani berharap lebih banyak bantuan boleh diberi dengan kerjasama Yayasan dan NGO pada masa hadapan.
Comentários