top of page

KEADILAN Simpang Renggam, TEKUN anjur program Kembali Ke Sekolah



KEADILAN Simpang Renggam, Johor dan TEKUN baru baru ini menganjurkan program Kembali Ke Sekolah melibatkan lebih 100 pelajar menerima sumbangan.


Menurut satu kenyataan, Ketua Cabang KEADILAN Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik melahirkan rasa gembira kerana berpeluang memberi sumbangan kepada masyarakat memerlukan melalui program berkenaan.


"Simpang Renggam sentiasa di hati saya. Saya berterima kasih kepada wakil Komuniti Madani serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini," katanya di media sosial.


Ustaz Mahmood Kassim yang hadir di majlis itu sebagai wakil kepada Dr Maszlee Malik yang tidak dapat menghadiri program tersebut kerana terlibat dalam urusan di luar negara.


Ibu bapa yang hadir dalam majlis itu menyatakan rasa syukur dan gembira atas sumbangan yang diterima dan dapat meringankan beban mereka bagi persiapan sesi persekolahan anak-anak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page