top of page

KEADILAN Simpang Renggam, PH edar limau sempena Tahun Baharu Cina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 28
  • 1 min read


KEADILAN Simpang Renggam dan Pakatan Harapan (PH) kelmarin mengedarkan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina.


Menurut satu kenyataan, KEADILAN diwakili Naib Ketua Cabang, Sukri Zakaria, bersama Ahli Jawatankuasa dan aktivis wanita, Nor Azlinda Jaafar telah mengedarkan buah limau kepada penduduk di pasar awam Simpang Renggam dan beberapa kedai kopi milik Tionghua.


"Edaran buah limau ini merupakan simbolik membawa keberkatan dan kemakmuran kepada masyarakat bersempena perayaan Tahun Baru Cina.


"Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan semangat perpaduan tetapi juga mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum di kawasan ini," kata kenyataan itu.


Program tersebut dijalankan dengan kerjasama erat pemimpin DAP Simpang Renggam.


Turut hadir Setiausaha Hal Ehwal Wanita DAP Simpang Renggam, Angel Foh; Ahli Jawatankuasa DAP, Toh Fa Sing; Setiausaha DAP, Pan Jia Qi; dan Pengerusi DAP Simpang Renggam, Kevin Wong yang bertindak sebagai ketua program.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page