KEADILAN Simpang Renggam semalam membuat laporan polis ke atas ucapan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menyentuh kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke 16 dalam melantik Perdana Menteri ke 10 pada November 2022 lalu.
Menurut kenyataan KEADILAN Simpang Renggam, ucapan Muhyiddin tersebut dilihat seolah olah mempertikaikan tugas dan peranan Agong dalam memerintah negara.
"Pimpinan Cabang KEADILAN Simpang Renggam bersama wakil pimpinan Pakatan Harapan Simpang Renggam telah membuat laporan polis di IPD Kluang ke atas satu video Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kempen Pilihan Raya Kecil di Nenggiri
"Daripada petikan ucapan beliau, ianya lebih menjurus kepada berniat mempertikaikan tugas dan penaan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 16.
"Ianya juga boleh menimbulkan permusuhan serta kebencian di kalangan rakyat negara ini terhadap institusi diraja," kata kenyataan itu.
KEADILAN Simpan Renggam berharap pihak polis menyiasat Muhyiddin berhubung ucapannya.
Comments