KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam menganjurkan siri jamuan Hari Raya Aidilfitri di Zon Machap menjamu anggota parti dan masyarakat setempat.
Menurut kenyataan KEADILAN Simpang Renggam, beberapa siri jamuan telah dianjurkan buat seluruh cabang berkenaan sehingga selesai bulan Syawal.
"KEADILAN Simpang Renggam mengucapkan terima kasih kepada Hj Busra dan AJK atas persiapan serta pelaksanaan jamuan.
"Terima kasih juga kepada para tetamu yang hadir memeriahkan suasana," kata kenyataan itu.
Jamuan seterusnya akan diadakan di zon Layang Layang pada Khamis 9 Mei 2024.
Comments