top of page

KEADILAN Sarawak lancar program pertanian tingkat pendapatan anggota



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Sarawak bakal melancarkan program pertanian berbentuk kursus, latihan dan bengkel bagi meningkatkan pendapatan dalam kalangan anggotanya.


Pengerusi Biro Pertanian, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, latihan asas seperti membuat makanan haiwan, fertigasi, hidroponik merupakan sebahagian daripada perancangan program pertanian berkenaan.


"Biro Pertanian akan memilih peserta yang benar-benar komited dalam industri pertanian dan penternakan.


"Justeru, para peserta yang sudah atau akan menghadiri program latihan dan kursus disaran mencari jalan bagi mengusahakan program ekonomi kendiri, hasil daripada kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Abang Zulkifli, program berkenaan bermula pada tahun ini dan berakhir pada tahun hadapan.


Setakat ini, katanya, biro berkenaan telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengembangkan industri perikanan dan pelancongan Sarawak.


"Kami berharap supaya para peserta dapat berkongsi ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli parti yang lain," katanya lagi.


Setakat ini, Biro Pertanian KEADILAN Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Penternakan Ayam di Kampus UPM Bintulu dengan kerjasama Pertubuhan Komuniti Pertanian dan Penternakan Kuching Sarawak pada 22 September lalu.


Beberapa siri kursus akan dianjurkan pada hujung tahun ini dan tahun hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page