top of page

KEADILAN Sarawak harap PM kekal inklusif, tegas laksana mandat



Ulang tahun ke 77 Perdana Menteri (PM) Datuk seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan ucapan selamat oleh semua menteri kabinet dalam video yang tular sejak pagi.


Tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir adalah KEADILAN Sarawak yang berdoa agar PM dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan baik dalam menjalankan tugas.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, anggota parti di negeri itu turut mengucapkan selamat dan syukur dengan usaha serta kegigihan Datuk Seri Anwar dalam memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak hak rakyat Sarawak ditegakkan.


"KEADILAN Sarawak bersyukur atas perlaksanaan MA63, IGC dan undang-undang atau polisi yang memartabatkan kedudukan Sarawak sebagai wilayah autonomi dalam Malaysia, dengan rakyat tetap bersemangat melaksanakan agenda reformasi yang menyeluruh dan berterusan demi kesejahteraan Sarawak.


"KEADILAN Sarawak bersama seluruh lapisan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus mendoakan agar YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sihat walafiat, kekal bijaksana, kekal inklusif dan kekal tegas melaksanakan mandat sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN melangkaui penggal pemerintahan sekarang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Roland dan seluruh anggota KEADILAN Sarawak juga mendoakan PM terus cekal dalam menegakkan perjuangan reformasi institusi yang dilaungkan beliau sejak 25 tahun lalu.


"Terima kasih YAB Datuk Seri Anwar kerana terus cekal dan bertahan menghadapi segala onak dan duri, pahit dan manis serta naik dan turun perjuangan demi keadilan bagi semua rakyat dan masyarakat antarabangsa.


"Terima kasih juga sebagai sinar dan suara mewakili Malaysia untuk impak positif ke seluruh dunia.


"Selamat ulang tahun ke 77," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page