top of page

KEADILAN Sabah sokong usul jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan



KEADILAN Sabah menyokong usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah, Mustafa Sakmud dipetik berkata keputusan itu hasil mesyuarat diadakan di peringkat cabang parti tersebut di seluruh negeri itu.


Tambahnya, langkah tidak mempertandingkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu penting bagi mengelakkan pergeseran dalaman serta memastikan parti kekal utuh dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang.


"Sebanyak 24 cabang telah bermesyuarat kecuali Beaufort yang kini berdepan bencana banjir. Usul yang diutarakan oleh pimpinan cabang antara lain menyatakan persetujuan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Kita berharap perkara ini dapat direalisasikan.


"Ketika ini, presiden kita Anwar Ibrahim merupakan perdana menteri, manakala timbalannya Rafizi Ramli ialah menteri ekonomi. Oleh itu, adalah lebih baik jika jawatan ini tidak dipertandingkan," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu pada Ahad.


Beliau sementara itu menegaskan bahawa parti itu tidak menafikan hak demokrasi dalam parti serta tidak menghalang mana-mana pihak daripada bertanding, namun menyeru semua anggota mengutamakan kepentingan parti.


Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin sebelum ini dilaporkan berkata bahawa parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page