top of page

KEADILAN Sabah rombak Majlis Pimpinan Negeri, lantik muka baharu



Susulan penyusunan semula Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 26 Mei lalu, MPN Sabah hari ini mengumumkan rombakan barisan kepimpinan negeri.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata, beberapa jawatan utama telah disusun semula dengan melantik muka baharu untuk mengukuhkan KEADILAN negeri.


"MPP telah mengumumkan penyusunan semula Pengerusi Pimpinan Negeri termasuk Sabah.


"YB Datuk Mustapha Sakmud telah diamanahkan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi MPN Sabah yang baharu dibantu YB Peto Galim yang diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN negeri.


"Bagi memantapkan lagi jawatankuasa kepimpinan parti, rombakan kepimpinan secara menyeluruh telah diambil sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung (tidak lama lagi)," katanya dalam kenyataan petang ini.


Dalam pada itu, kata Razeef, posisi penting menjelang PRN iaitu Jawatankuasa Pilihanraya Negeri (JPRN) akan dipimpin oleh Peto Galim manakala Mustapha Sakmud bertindak selaku Pengarah Strategi parti.


Bagi jawatankuasa yang lain pula, katanya, senarai lantikan baharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


"Terima kasih diucapkan kepada Datuk Dr Sangkar Rasam serta seluruh jawatankuasa MPN Sabah sebelum ini dan tahniah Kepada Datuk Sangkar atas pelantikan beliau sebagai Ahli MPP KEADILAN yang baharu," kata Razeef yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Sabah.


Berikut adalah jawatankuasa MPN yang dilantik:


Naib Pengerusi:

Azmi Datu Tamboyong

Raymond Ahuar

Roslan Sapar


Setiausaha:

Sazalye Donol


Bendahari:

Abdul Razak Jamil


Ketua Penerangan:

Razeef Rakimin


Pengarah Komunikasi:

Mohd Amin Abdul Mem


Setiausaha Pengelola:

Wendey Agong Baruh


Penolong Setiausaha:

Thonny Chee


Timbalan Ketua Penerangan:

Milus Alu


Penolong Setiausaha Pengelola:

Remysta Taylor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page