top of page

KEADILAN ramai pemimpin berbakat, tidak perlu ugut mengugut dalam isu Zafrul



Isu pemimpin UMNO Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang ingin menyertai mana mana parti komponen tidak perlu dipolitikkan sehingga mengundang perpecahan dalam Kerajaan Perpaduan.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, pemimpin UMNO terutamanya Ketua Pemuda Datuk Dr Akmal Salleh yang lantang mengkritik, tidak seharusnya menambah perisa dengan mengeruhkan hubungan di antara Pakatan Harapan dan BN yang sebelum ini berjalan lancar.


Beliau berkata demikian mengulas komen Akmal di media sosial mendakwa KEADILAN cuba mencuri pemimpin UMNO dan ungkapan "sudah tiba masa..." yang tidak dihabiskan seolah olah membayangkan tindak balas selanjutnya yang perlu dilakukan.


"“Sudah tiba masanya..” apa YB Akmal Saleh? Hendak ugut PMX, ugut keluar daripada Kerajaan Perpaduan? Sudah-sudahlah, hentikan ugutan sebegini. Adakah jika Kerajaan Perpaduan runtuh politik kembali tidak stabil?


"Jika kita rujuk kepada kenyataan media Tengku Zafrul semalam, jelas beliau meluahkan rasa kecewa terhadap kepimpinan UMNO khususnya UMNO di Selangor yang tidak mengendahkan cadangan dan keluhan yang dikemukakan oleh beliau selama ini


"Kemudian, sejak isu ini tular, kepimpinan UMNO langsung tidak pernah behubung dengan Tengku Zafrul minta penjelasan malah terus menerus diserang secara belakang tabir.


"Siapa yang menyerang, itu YB Akmal perlu dapatkan maklumat lanjut daripada Tengku Zafrul," sinis Faezuddin dalam kenyataan hari ini.


Tegas beliau, seandainya Tengku Zafrul keluar UMNO sekalipun hal itu bukan disebabkan oleh pujukan pemimpin KEADILAN, sebaliknya akibat masalah dalaman UMNO sendiri yang perlu diselesaikan oleh pemimpin parti itu.


Katanya, KEADILAN khususnya di Selangor mempunyai banyak pemimpin berbakat dan tidak ada keperluan untuk memujuk Tengku Zafrul beralih parti bagi menguatkan barisan kepimpinan.


"Untuk makluman YB Akmal, KEADILAN punyai ramai tokoh pemimpin masa depan yang berbakat, tidaklah kita terdesak hingga mahu ‘mencuri’ pemimpin UMNO," ujarnya.


Sehubungan itu, Faezuddin meminta pemimpin UMNO agar menghentikan ugutan atau menyerang rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengekalkan kerajaan yang stabil.


"Hentikan ugut PMX. Lebih molek sekiranya YB Akmal Saleh sendiri bertemu empat mata dengan Tengku Zafrul kemudian selesaikan masalah dalaman UMNO yang sedang berlaku, seperti yang dinyatakan Tengku Zafrul," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page