top of page

KEADILAN pertaruh calon boleh menang di PRK Sungai Bakap



KEADILAN bakal mempertaruhkan calon boleh menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar berkata, lima nama telah dihantar untuk pertimbangan dan keputusan akhir pemilihan calon tersebut akan diputuskan pucuk pimpinan.


"'Winnable' (boleh menang), menyumbang serta mempunyai pengaruh kuat dalam kalangan masyarakat antara kriteria dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.


" ini bukan sesuatu yang mudah tapi kita perincikan secara serius (kreteria) sebelum memutuskan calon," katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang di George Town.


Terdahulu, Nurul Izzah menghadiri mesyuarat Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang yang dipengerusikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi membincangkan calon yang akan mewakili mereka pada PRK Sungai Bakap.


Hadir sama, Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Pengerusi Amanah negeri, Muhammad Faiz Fadzil dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Mohamad Abdul Hamid.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 6 Jun ini bagi membincangkan mengenai PRK Sungai Bakap.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kekosongan luar jangka apabila penyandangnya Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada 24 Mei lalu.


Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada bekas calon PH yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lalu tersenarai dalam pemilihan kali ini, Nuruh Izzah berkata, sudah cukup memadai untuk dirinya memaklumkan mereka yang tersenarai adalah calon yang menyumbang kepada masyarakat.


"Memadai saya katakan mereka yang tersenarai itu ada perwakilan wanita dan lelaki daripada pelbagai peringkat umur," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page