top of page

KEADILAN perlu jadi parti lebih besar, Ahli Parlimen lebih ramai - Shamsul



KEADILAN merupakan parti mengetuai Kerajaan Perpaduan hari ini namun kedudukan itu seharusnya dipertahankan dan perlu ditambah baik.


Bagi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, KEADILAN seharusnya menjadi parti yang mendengar suara anak muda dan bergerak bersama sama kehendak semasa rakyat.


Beliau mengambil contoh gergasi telekomunikasi pada era awal 2000, Nokia yang kini jatuh kerana tidak memilih mendengar kehendak anak muda dalam inovasi produksi telefon bimbit, biarpun pada suatu ketika syarikat itu menguasai pasaran telefon mudah alih di seluruh dunia.


"Siapa sempat pakai telefon Nokia? Kalau kita baca bagaimana kejatuhan Nokia. Sebabnya saya mahu kita pelajari sesuatu yang membimbing kita.


"Apa kegagalan Nokia? Kerana dia tidak respons kepada kehendak generasi akan datang. Sebab dia yakin pelanggan akan tetap setia kerana dia berjaya jadikan "keypad" masuk di telefon.


"Walhal generasi baru terpesona dengan pendekatan Samsung tidak perlu ada keypad, tekan (touch screen) boleh dah," katanya dalam ucapan perasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Ampang, Selangor semalam.


Menurut Shamsul bagi mengekalkan KEADILAN sentiasa berada di atas, ahli bawahan tidak perlu takut untuk menyuarakan pendapat atau teguran.


Begitu juga, katanya, anggota jangan terbuai di awang awangan kerana parti yang telah diperjuangkan selama 25 tahun menjadi kerajaan di Selangor dan Persekutuan.


"Inilah masanya untuk kumpul kekuatan kita berkhidmat kepada rakyat.


"Untuk 3 - 4 tahun akan datang kita berhadapan dengan pilihanraya. Permainannya berbeza. Kita berhadapan dengan pengundi muda umur 18 tahun.


"Kalau kita tidak respons kehendak mereka, kita akan jadi seperti cerita Nokia tadi," katanya.


Justeru beliau mencabar anggota KEADILAN untuk bekerja lebih keras kerana biar pun KEADILAN merupakan parti Perdana Menteri tetapi jumlah Ahli Parlimennya kecil, hanya 30 kerusi daripada 222 kerusi seluruh negara.


Oleh itu, ujarnya, anggota KEADILAN perlu tanamkan azam untuk menambah jumlah kemenangan kawasan parlimen pada pilihanraya akan datang.


"Kita ada tugas sangat besar dan berat yang perlu kita sama sama hayati. KEADILAN hanya menang 30 kerusi daripada 222 parlimen. Kita parti kecil (dibanding keseluruhan kerusi parlimen)


"Sebab itu kita kena kerja lebih kuat jadi parti lebih besar, anggota parlimen lebih ramai. Sebab itu kita tidak boleh duduk rehat," katanya.


Shamsul turut menyarankan agar peringkat cabang menganjurkan semula ceramah isu semasa secara berkelompok dan dilatih anak muda dalam jumlah 100 orang di peringkat cabang untuk dijadikan jentera akar umbi yang sentiasa menggerakkan program parti.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page