top of page

KEADILAN Perlis terbuka terima Zahidi, yang penting berkorban demi rakyat



Kemasukan mantan pemimpin UMNO ke dalam KEADILAN Perlis diterima baik dengan hati yang terbuka.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perlis, Noor Amin Ahmad.


Katanya, kemasukan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin ke dalam parti bukanlah perkara baharu kerana beliau telah mengumumkan hasratnya tidak lama selepas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri ke 10 dua tahun lalu.


"Selepas dilantik menjadi Pengerusi KEADILAN Perlis, saya dimaklum bahawa Datuk Seri Zahidi telah memohon menjadi anggota KEADILAN dan diluluskan pada pertengahan Mei 2024.


"Maklum balas sebahagian anggota KEADILAN, rakan Pakatan Harapan dan rakan Perpaduan BN telah disampaikan kepada wakil pimpinan pusat.


"Dari segi prinsipnya, KEADILAN ialah parti untuk semua. Sesiapa pun dialu alukan menyertai parti mengikut proses permohonan yang ada. Namun yang lebih penting tentunya menghayati perjuangan parti," katanya di Facebook.


Bagi Noor Amin, KEADILAN telah dibina sejak sekian lama dengan susah payah dan anggota baharu atau lama tentunya dituntut menyumbang tenaga dan material untuk perjuangan parti.


Namun dalam situasi terkini, katanya, bila mana presiden parti merupakan PM Malaysia maka tidak menghairankan sokongan bertambah dan ada nama-nama yang dikenali ramai mahu bersama.


"(Dalam hal ini) kita mengalukan sesiapa sahaja yang sanggup mengharung perjuangan ini dalam susah dan senang.


"Ini adalah masa yang genting untuk kerajaan menunjukkan prestasi perkhidmatan terbaik dan KEADILAN mesti menjadi tunjang utama sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.


"KEADILAN Perlis khususnya tidak menyediakan karpet merah kepada sesiapa. Sesungguhnya perjuangan parti masih jauh dan berliku. Banyak kerja keras dan usaha jitu perlu dilakukan bagi mengukuhkan parti, khususnya di negeri Perlis," katanya lagi.


Oleh yang demikian, tambah Noor Amin, sesiapa yang bergabung bersama KEADILAN Perlis diharap akan boleh sama sama berkorban, menjalin tali persahabatan yang utuh dan terus berjuang demi memartabatkan maruah rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page