KEADILAN Cabang Pendang, Kedah baru baru ini melakukan edaran limau mandarin sempena perayaan Tahun Baharu Cina di beberapa pekan dihuni majoriti kaum Tionghua di kawasan itu.
Menurut Ketua Cabang Pendang, Datuk Dr Zulkifly Mohamad, team KEADILAN yang turun padang itu juga turut menemui masyarakat Tionghua untuk bertanya khabar mengenai kehidupan mereka.
"Cabang Pendang lakukan edaran limau sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
"Kita santuni 156 buah rumah dengan team AJK, JKKP yang turut bersama.
"Lebih kurang 30 orang (team) turun di Pekan Pendang, Kg Padang Pusing, Kg Titi Akar untuk lakukan agihan kepada orang Cina sempena sambutan tahun baharu yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam edaran itu juga mereka beramah mesra dengan masyarakat Cina di beberapa buah kampung.
Comments