
KEADILAN Pendang baru baru ini menganjurkan Program Senamrobik dan Sukaneka Wanita Madani Cabang Pendang yang diadakan di kawasan rekreasi Air Terjun Bukit Perak, Pendang.
Menurut satu kenyataan, program yang bermula seawal 8 pagi itu dikendalikan oleh Ketua Cabang Pendang, Dato' Zulkifly Mohamad, Timbalannya Sazari Mohamad dan Ketua Wanita Cabang, Norizan Bidin.
"Aktiviti riadah sukaneka, senamrobik dan BBQ berjaya diadakan. Program ini menarik hampir 50 orang termasuk AJK dan JPKKP yang telah bersama-sama bergotong-royong bagi menyediakan jamuan makan tengahari," kata kenyataan itu.
Manakala Dato Zulkifly dalam ucapannya mengingatkan jalinan ukhuwah sesama ahli mesti selalu diadakan dari masa ke semasa.
Comments