top of page

KEADILAN parti punya pimpinan dari dua generasi, faham semangat zaman, denyut nadi rakyat



Tidak banyak parti di Malaysia memilikki pimpinan tertinggi daripada dua generasi dan faham arus perubahan zaman.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan KEADILAN satu satunya barisan pemimpin yang mampu mencerna semangat zaman serta denyut nadi rakyat.


Sama ada keperluan generasi muda dengan pelbagai teknologi baharu atau pergulatan rakyat marhaen yang perlu dibela dalam kesenjangan kehidupan mereka.


"Inilah parti dalam negara kita, pimpinannya mewakili dua generasi


"Kalau orang tanya, Anwar apakah kamu rasa selesa dan lega seandainya kamu pergi dahulu? Atau pun tahap waktunya terbatas, apakah kamu yakin bahawa parti dan perjuangan ini ditangan orang yang cekal, berwibawa dengan prinsip perjuangan? Saya jawab, ya, InshaAllah.


"Tidak banyak parti lain, sebut parti mana, yang ada jawapan yang jelas sebagaimana yang ada dalam KEADILAN sekarang," katanya.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan politik yang diperjuangkan KEADILAN amat berbeza dengan politik yang dibawa parti lain.


Katanya, dalam KEADILAN kuasa adalah untuk menjadikan negara lebih baik dan rakyat hidup lebih selesa bukan sebagaimana yang difahami oleh parti memerintah.


"Kita sebut ini sejak era Reformasi bahawa politik bukan percaturan kuasa golongan elit atasan. Politik ini harus menjadi wahana mengangkat martabat rakyat keseluruhannya.


"Pilihan raya buktikan negara ini perlukan pimpinan yang membela nasib mereka, bukan mengisi tembolok pemimpin berkuasa," katanya.


Justeru, tegas Anwar sekiranya KEADILAN berjaya dalam PRU akan datang maka satu perkara yang penting perlu dilakukan bukanlah mengekalkan dasar lama tetapi menerobos polisi baharu, penyelesaian baharu dan ketelusan pentadbiran.


Hanya dengan cara itu, katanya, rakyat tidak lagi akan bertanya apa yang berubah setelah kerajaan baharu memerintah.


"Bila kita perintah bukan nak meneruskan agenda yang sama tetapi berani beralih dari landasan yang lama. Kemampanan itu harus dilihat sebagai satu amanah menjamin dasar ekonomi, yang mempastikan ada kelestarian. Bahawa pembangunan itu tidak merusakkan, bukan sambil membangun kita merobohkan.


"Kita bicara tentang kadar pertumbuhan ekonomi tetapi dalam masa sama orang hidup melarat.


"Kita bantu syarikat besar, kita sebut beri insentif, bila bantu orang miskin disebut subsidi. Apa bezanya keperluan syarikat besar dan yang kecil," katanya.


Oleh itu, Anwar menyeru agar perjuangan dilipatgandakan untuk memastikan KEADILAN menjadi pilihan semua generasi dan semua kaum menuju PRU ke 15.


Sebelum itu, beliau melakukan gimik penyerahan kit pilihan raya dan bendera KEADILAN kepada setiap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baharu sebagain tanda KEADILAN memulakan jentera kempen dan gerak kerja pilihan raya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page