top of page

Batalion Anak Muda Pandan santuni golongan muda



Oleh: Akmal Manaf


Demi mendukung dan menyokong kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Pandan, Batalion Anak Muda Pandan yang berseragam coklat ditubuhkan.


Pengasas Bersama Batalion tersebut, Mohd Ifwat Amir Hamirudin berkata, kejayaan menubuhkan pasukan itu bukan sahaja menjadi inspirasi kepada, semua, tetapi menandakan permulaan kepada lebih banyak pencapaian hebat pada masa hadapan.


"Bersama-sama, kita terus memperkukuh usaha untuk membawa perubahan positif demi manfaat semua warga Cabang Pandan dan komuniti di sekeliling kita.


"Kita juga telah menyaksikan satu pencapaian yang membanggakan apabila Ranting KEADILAN Pangsapuri Pandan Mewah telah diluluskan dengan nombor ranting rasmi.


"Ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat bermakna buat kita semua, sebagai lambang kepada usaha gigih dan semangat perpaduan kita dalam memperjuangkan keadilan serta kebajikan rakyat," kata Ifwat dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, menurut Mohd Ifwat pada 6 Oktober lalu, pihaknya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bagi Cabang Pandan.


Susulan komitmen luar biasa yang ditunjukkan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas terutama sekali kepada barisan kepimpinan Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK), dan Wanita yang telah menunjukkan kesungguhan serta dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran mesyuarat berkenaan.


"Kehadiran dan komitmen anda semua adalah bukti nyata semangat setiakawan yang kita miliki dalam memperkukuhkan ikatan di kalangan ahli-ahli Cabang Pandan.


"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan AMK yang hadir bagi memberikan sokongan moral kepada saya serta kepada pasukan Ranting Pangsapuri Pandan Mewah yang begitu bersemangat," ujarnya yang juga Naib Ketua AMK Pandan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page