Oleh: Abdullah Zaid
Terkesan dengan nasib golongan kurang berkemampuan KEADILAN Ranting Pandan Prima menganjurkan Program Ziarah Kasih KEADILAN baru-baru ini.
Pengarahnya, Mohd Ifwat Hamirudin berkata, program menyantuni masyarakat itu dibuat dalam bentuk pemberian bakul makanan kepada beberapa warga emas yang layak menerima bantuan.
"Penerima kali ini merupakan golongan warga emas yang amat memerlukan bantuan dan beliau juga tidak memiliki waris seperti anak.
"Dalam kunjungan ini hati kami tersentuh di saat mereka menyambut kami seperti keluarga sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ifwat yang juga Naib Ketua AMK Cabang Pandan, penerima bantuan bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan Cabang KEADILAN termasuk jentera wanita dan angkatan muda yang tidak pernah melupakan nasib mereka.
"Penerima berbangga dengan usaha dari Cabang yang diketuai YB Rafizi yang tidak mengira bangsa dan agama dalam menyalurkan bantuan," ujarnya.
Kata kenyataan itu lagi, program berkenaan akan diteruskan bagi menyahut misi cabang KEADILAN Pandan yang mahu aktiviti menyantuni rakyat terus diperkasakan.
Program ini disertai Ahli Majlis kawasan yang juga merupakan AJK Cabang Pandan iaitu Wong Keng Chin.
Program digerakkan oleh KEADILAN Ranting Pangsapuri Pandan Mewah bersama Ranting Cheras Hartamas dan Ranting Pandan Prima yang menjadi Pengarah Program Ziarah Kasih Keadilan Pandan.
Kommentare