top of page

KEADILAN masuk PRN Sarawak, tidak minta kerusi GPS - Tay Wei Wei



KEADILAN Sarawak telah menyatakan pendirian berkemungkinan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dua tahun daripada sekarang.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Tay Wei Wei, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Negeri KEADILAN Sarawak sebulan lalu.


Katanya, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Roland Engan dan Timbalan Pengerusi Ahmad Nazib Johari bersetuju di atas hasrat berkenaan sebelum beliau mengeluarkan kenyataan yang kemudian menjadi kontroversi apabila diulas para pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Namun selepas sebulan, kata Tay, isu itu dipanaskan kembali oleh penganalisis politik James Chin dari Universiti Tasmania dan Dr Jayum Jawan dari Universiti Malaysia Sarawak yang mempersoalkan keperluan KEADILAN Sarawak menyertai PRN.


Menjawab komen dua ahli akademik itu, Tay membidas kenyataan James Chin yang berkata KEADILAN Sarawak tidak cerdik apabila meminta kerusi dari GPS untuk PRN itu.


"Saya ingin menyatakan, saya tak pernah kata KEADILAN Sarawak minta kerusi dengan GPS. Saya tak tahu dari mana kedua (ahli akademik) ini dapat maklumat KEADILAN Sarawak minta kerusi simpati dari GPS.


"Saya tak sebut KEADILAN minta simpati dengan GPS," katanya dalam satu siaran media.


Bagi Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Malaysia itu, tidak ada salahnya mana mana parti berdaftar bertanding dalam PRN kerana Sarawak mengamalkan sistem demokrasi.


Beliau juga kurang faham tindakan pemimpin GPS yang mendesak KEADILAN untuk tidak bertanding, sedangkan parti itu tidak pernah menang banyak kerusi dan tidak seharusnya dianggap sebagai pencabar utama dalam pilihanraya.


"Kenapa Menteri GPS keluar kenyataan minta kita jangan bertanding. Yang takut ini KEADILAN Sarawak atau GPS?" tanyanya.


Tambah beliau, KEADILAN Sarawak tidak bergantung kepada keputusan di peringkat Persekutuan kerana parti itu mempunyai autonomi untuk memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRN.


Dalam pada itu, Tay hairan dengan tindakan GPS yang menegah KEADILAN bertanding tetapi tidak pula menawarkan rundingan supaya Pakatan Harapan (PH) dibawa menyertai Kerajaan Negeri.


"Sekarang kita jadi kerajaan pusat. (Tetapi) di Sarawak GPS tak ajak kita buat perbincangan dalaman. Tidak ada lantikan Ketua Kampung, Penghulu, Temenggung untuk orang PH di Sarawak. Tidak ada lantikan GLC untuk pimpinan PH Sarawak. Sebab tak wujudnya kerjasama antara PH dan GPS.


"Kalau betul GPS mahu jaga kerjasama negeri dan persekutuan buat seperti GRS di Sabah, di mana bagi ruang kepada PH untuk sama sama pegang Kerajaan Negeri.


"Tetapi kalau tak ada niat (untuk koalisi) tak apa, kita lawan tetap lawan," katanya.


Justeru, Tay Wei Wei mengingatkan 80,000 anggota KEADILAN Sarawak untuk bersiap sedia menuju PRN yang dijangka dua tahun dari sekarang.


Untuk rekod, dalam PRN Sarawak 2022 lalu PH bertanding di lebih 80% kerusi DUN Sarawak. Bagaimanapun, hanya DAP yang memenangi kerusi dalam PRN itu.

1 Kommentar


Hugh C Mawar
Hugh C Mawar
10. Nov. 2024

Terbaik KEADILAN SARAWAK...lawan tetap lawan.

Gefällt mir

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page