Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mula mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) pada Februari ini.
Menurut Pekeliling Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh menyatakan MATC perlu diadakan selaras dengan Fasal 34.1 Perlembagaan Parti bagi tahun 2025.
Katanya, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menetapkan tempoh bagi MATC akan bermula pada 28 Februari 2025 sehingga 9 Mac 2025.
Cabang digalakkan untuk mengadakan MATC secara fizikal di Pejabat Cabang atau di mana-mana lokasi yang dianggap sesuai.
Sementara itu, Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita Cabang pula perlu mengadakan mesyuarat agung masing-masing pada sebelum atau hari yang sama dengan hari MATC, atau menurut arahan daripada Majlis Pimpinan sayap masing-masing.
Dalam pada itu KEADILAN juga sedang melakukan usaha pemutihan keahlian.
Berdasarkan ketetapan mesyuarat MPP yang lepas, setiap anggota KEADILAN wajib mengemaskini maklumat diri dan Daftar Undi Online 2025 bagi tujuan pemutihan anggota.
Urusan tersebut boleh dilakukan secara atas talian di: kemaskini.keadilanrakyat.org
Manakala panduan untuk melakukannya boleh diikuti di TIKTOK: https://vt.tiktok.com/ZS63Hs854/ dan INSTAGRAM: https://www.instagram.com/share/BAP0Vromm2
Commentaires