top of page

KEADILAN Kuantan tingkat latihan literasi digital urus komuniti



Oleh: Akmal Manaf


Demi memastikan literasi digital yang tinggi dalam kalangan barisan kepimpinan KEADILAN Cabang Kuantan, siri pertama latihan digital telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu.


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi (gambar, berbaju merah tua) berkata, seramai 25 orang peserta melibatkan semua pimpinan Cabang dan 50 Ranting di bawah Cabang Kuantan telah mengambil bahagian dalam program tersebut.


Beliau berkata, siri pertama Program Pengupayaan Digital Pemimpin Komuniti di Pusat Pembelajaran Komuniti Kuantan Prihatin yang diadakan di Taman Berjaya Permai itu meliputi pengenalan projek Malaysia MADANI, serta aplikasi ADIL dan CISTA.


Katanya, program berkenaan bertujuan memperkasakan pemimpin komuniti dengan kemahiran digital untuk meningkatkan pengurusan komuniti.


"Selain itu ianya seiring dengan Pemerkasaan Organisasi Parti (POP25) dan Ke Arah Menang Pilihanraya ke-16 (KEMAS16) oleh Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) KEADILAN dalam menggerakkan semua 222 Cabang KEADILAN di seluruh negara.


"Program ini telah memberi impak yang positif kepada peserta dengan memberi pengetahuan asas dalam kemahiran digital dan aplikasi-aplikasi penting yang boleh digunakan untuk pengurusan komuniti.


"Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mencapai transformasi digital dalam kalangan pemimpin masyarakat setempat di bawah inisiatif Malaysia MADANI," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fakhrul lagi, siri kedua program berasaskan digital itu juga telah dilaksanakan pada 17 November lalu.


"Setiap ranting yang menyertai kursus ini dibekalkan tablet percuma untuk digunakan dalam mengurus organisasi masing-masing. Tahniah kepada semua peserta," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page